Kisah Zulfadhli [Part 4]

Ok… masuk Kisah Zulfadhli PART 4 pula…. sambungan lagi.. selagi tak bukak simen dia.. selagi tu ada lagi part yg belum habis…

Keluar jer dari WAD hari Isnin, esoknya hari selasa 13.03.2012 kami berangkat  ke PD. Ala duduk hotel kat Glory Beach Resort. Ikut my IR g kursus… dan kebetulan saya memang ambik cuti selama seminggu nak ikut dan kebetulan cuti sekolah dan juga  kebetulan kene jadi jururawat untuk VVIP ni kan…

Eh..berapa banyak KEBETULAN pula…..hik3

Tengokla… kemain suka Zulfadhli kalu dapat g jenjalan. Yelah.. 3 hari duduk WAD mestila bosan. Eh..bukan pesakit je bosan, peneman pun bosan tau…huhuhu

Jadi setelah 8 hari tangan bersimen dan berbalut… tibala masanya kene buat temujanjji dengan Doktor Tulang di Klinik Ortropedik pada 19.03.2012 (Isnin). Jadi macam biasalah.. mestila ibunya yang kene g kan.. sebab dah cuti lama menjaga dia.. alang-alang ambik cuti sampai dia pergi temujanjji la..hik3

Isnin (19.03.2012)

Temujanjji pukul 8.00 pagi.. jadi kene la bangun pagi juga. Selepas hantar Huzaiman ke TASKA dan juga Iskandar ke PASTI, terus ke Klinik cepat2. Kene datang awal sebab nanti parking penuh dan juga nanti lambat dapat nombor giliran jadi kene lama lak kat Klinik kang..hehehe

Sampai sana ambik nombor giliran, pas tu g X-Ray lagi (ok.. tak der gambar lagi..hehehe) pas tu baru masuk bilik doktor jumpa doktor  pula…

Muda-muda belaka Doktor-doktor kat Klinik Tulang ni.. lawa-lawa pulak tu.. kalu lelaki pula memang hensem la..hik3…

Jadi Zulfahdli pula di layan oleh Doktor Perempuan kan… lemah lebut jer doktor tu bak balutan tangan sebab nak tukar simen dan balutan di siku Zulfadhli… dan untuk pertama kalinya baru lah saya dapat lihat bagaimana lengan anak saya….. ngeri tau kalu tengok…

Korang nak tengok ker??,,,huhuhuh,,,  ok.. tutup mata tau kalu takut..huhuh

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Tu dia… macam arial TV lak ada kat lengan tu…

Baru lah saya tahu kedudukan besi tu di mana… luar memang besi, tapi didalam doktor kata memang WAYAR.. jadi jangan la takut macam pertama kali saya tengok tu..huhuhuh

Sempat gak ambik gambar, sebab nak tunjuk kat ayahnya balik tu… sebaik doktor kasi ambik.. sebab dalam klinik tu kata kamera tidak di benarkan di dalam klinik..huhuhuhu

Selepas balutan di tukar… jadi seperti biasa temujanjji akan datang kene datang lagi. Lagi 2 minggu iaitu 26.3.2012 (Isnin depan). Doktor cakap temujanjji akan datang, wayar akan di cabut.

Hah? Cabut?

Ok… saya tanya cabut macam mana. Doktor cakap tarik macam tu jer..GULP!! **telan air liur okey**eee…takut la dengar..huhuhuhu..

Stelah selesai segala urusan di Klinik, harusla kene balik cepat2.. sebab saya nak tidur..hahahaha….

Sebelum balik sempat g cari ANDUH baru untuk Zulfadhli supaya nampak bergaya sikit. Pakai yang kat Klinik punya ada bau sikit… jadi apa salahnya beli yang baru kan? Ala.. hanya RM15.00 jer pun .. kan mahal pun.. hik3…

**Balik jer rumah saya try ‘google’ kes macam Zulfadhli yang patah siku. Ada sorang blogger namanya MAMA Noriz, saya jumpa anak nya macam kes anak saya.

Ikut kata dia :

cabut tanpa bius… adoyaiii… meraung dia tak ingat dunia…
seram sejuk tengok darah memancut kuar… huhuu

Ok.. saya dah mula CUAK!! waaaaaaaaaaaa……………………..

Jadi.. Isnin depan saya ada temujanjji lagi.. jadi nantikan sambungan nya yek.. nanti saya cerita macam mana la doktor tu cabut wayar dalam siku tu.. ishk.. takut la pulak..huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments

  1. ieda says:

    eh apasal termiss banyak part….tetiba part 4 dah pun…
    anyway…hero mesti tahan sakit maaa…
    nanti tunjuk gambar cabut besi tu.akak pun tak pernah tgksb sepanjang kerja tak buat posting orthopedic.

Leave a Reply to Cik Norfa Cancel reply