Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..

isteri sebenarnye paling banyak bekerja compare to suami kan…they should hargai isteri sebaik-baiknya… đŸ™‚
@AlyzaFisol,
sebenarnya sama2 banyak keje… bezanya secara nyata ngan tak nyata jer…
jadi kita patut menghargai sesama sendiri…hehehe
mmg penat tau jd surirumahtangga nih… wlpun tak berkerja.. aduhai
@mama yana,
yup..sgt penat…
dr pagi sampai ke petang. keje jer tak habis2..huhuhu
ingat sabtu ahad leh rileks.. lagi la x leh..huhuhu
Setuju sangat… sebenarnya isteri yang lagi banyak bekerja… teringat iklan dekat radio…hehehe
@myvitrd,
hehehe…… sumer sama jer myvitrd.. bezanya isteri lebih banyak mengurus.. mana kala suami lebih banyak menyumbang
Itu baru suri rumah…
Yang berkerja pun, sama hebat…
Saya sayang bini saya… ha ha ha…
@fazrol,
saya sayang bini bapak saya!!!! hehe…..
@fazrol,
yer.. yg bekerja lagi la.. bali kerja jadi surirumah gak..huhuhu
Isteri berbakti kepada suami akan dijanjikan syurga tempatnya. Suami perlu pandai menghargai pengorbanan isteri sentiasa menjadi tulang belakang setiap kejayaan lelaki.
@akubiomed,
yer betul.. tanpa suami mana pula dtg nya si siteri..
tanpa isteri mana pula datang nya anak kan..
jadi.. segala pengorbanan ada hikmah nya…hehehe
mmg penat jd isteri.. tambah2 yg berkerja.. kita kena berkerja sama dgn time suami, dan balik kerja rushing buat pulak semua kerja2 diatas.. jd tidolah kul 12 mlm dan bgn seawal kul 5 pagi, rutin yg sama..:)
@ilhamny,
yer.. sama jer kerja nya.. tka kira hari cuti atau hari kerja…
hari cuti lagi la banyak nak buat..huhuhu
ye…eloklah hargai isteri yang tak bekerja…kerja tak pernah sudah kecuali apabila menutup mata (tidur ler)…dan hargai juga adik beradik sendiri yang tak bekerja yang jadi surirumah,jangan banyak meminta…tapi banyak memberi..wah bahaginya hidupku kerana sudah ramai mulai menghargai kerjaya sebagai surirumah..
@ummiarissa,
eleh… ko tu suri rumah tp masuk juga duit.. lagi untung.. dah la x perlu pening pala kerja kat opis.. ko hanya perlu layan kerenak anak….hahaha
mmg tugas isteri ni nonstop…isteri saya pun mcm tu walaupun bukan surirumah sepenuh masa tp bila habis kerja,kerja2 rumah dia yg buat,masak,menggosok mencuci,mengemas serta melayan saya hehe…sayangilah isteri anda
@Zarul Umbrella,
yerla.. isteri banyak kerja dn bergerak sana sini.. suami duudk jer.. tau2 dh siap segala.. tp ada juga suami yg rajin tulang..
agak2 Zarul rajin tak tolong isteri di rumah??hehehe
Kalau isteri yang bekerja sambil jadi blogger lagi la hebat orangnya…. nanti boleh la mintak kat suami anda belikan TUDUNG YUNA yea….hihihi
@hazman aka species1980,
hahaha………. jadi siteri, jadi blogger, jadi mak.. perggh……
kalah supermak! hahaha
Mohon share.. tq
boleh… silakan