Saya kecewa dengan CAVENZI!

Salam Jumaat kepada semua… merujuk pada tajuk di atas mungkin ada yang sudah mengerti mengapa entry ini di tulis. Mungkin cerita nya agak panjang kerana saya perlu jelaskan satu persatu supaya anda semua mengerti…

Mesti ramai sudah kenal siapa bayi comel di atas.. ini anak saya Muhammad Huzaiman. Umurnya sudah 8 bulan, Dari tak tahu apa-apa, sekarang sudah hampir mengerti dengan alam persekitarannya…

Eh.. apa kene mengena dengan anak saya dengan entry ini kan?? untuk pengetahuan semua… sudah hampir 8 bulan juga HADIAH KEMENANGAN saya dari Cavenzi masih tidak dapat…

Nak tahu bagai mana ceritanya… mari baca selanjutnya..

19.07.2011 (Jumaat)

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=165924130145562&id=113234595414516

Pada 19.07.2011, Cavenzi menganjurkan PERADUAN di Facebookk mereka. Di mana peserta perlu menghantar gambar perabot Cavenzi yang di miliki untuk mendapatkan undian ‘LIKE’ yang terbanyak. Tarikh tamat peraduan pula pada 31.07.2011.

Jadi dengan suka nya saya pun menyertai nya. Dan saya pun menyertakan gambar yang di kehendaki. Iaitu perabot yang saya beli dari Cavenzi juga :

Ini lah gambar yang saya gunakan untuk menyertai peraduan ini. Walaupun ketika itu saya tengah menghitung hari untuk bersalin anak ke 4, saya tetap ingin menyertainya. Mana la tahu rezeki anak saya…

Saya pun memohon jasa baik kengkawan di FB untuk ‘LIKE’ gambar saya…  lagi pun saya memang berkenan sungguh hadiah tempat pertama yang di tawarkan iaitu kerusi Recliner. Maklum la, peraduan ini pun akan berakhir sebelum saya bersalin. Jadi dapatlah saya kumpul undi untuk menang.

01.08.2011 (Isnin)

Selepas peraduan tamat, saya menunggu dengan penuh sabar keputusan peraduan tersebut. Sehingga la pada 01.08.2011 Cavenzi mengumumkan nama pemenang. Dan yerrr…. saya telah menang dengan mendapat ‘LIKE’ yang banyak.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=171781059559869&id=113234595414516

Tahniah kepada Sumi Jelly kerana mendapat like paling banyak dan paling adil serta memenangi recliner ini = http://www.facebook.com/photo.php?fbid=157158044355504&set=a.157157874355521.40944.113234595414516&type=1

Wah……..sukanya.. sebab saya telah pun berjaya memenangi hadiah tempat pertama itu… tak sia-sia saya menyertainya. Kira hadiah sempena kelahiran anak saya yang ke-4 dan juga rezeki Ramadhan masa tu…

Hadiah yang saya patut miliki kalu nak di ikutkan adalah :

RECLINER!!!!

wah… saya dah suka la… sebab memang pun teringin sangat nak kerusi macam ni.. boleh la letak di dalam bilik tidur sambil membaca majalah

Jadi saya telah pun emelkan segal butir2 peribadi saya kepada it@cavenzi.com selepas itu.

08.09.2011 (Khamis)

Jadi.. hari demi hari, bulan demi bulan sehinggala Hari Raya Aidilfitri pun sudah menjelma, bukan kata emel, apa-apa makluman mengenai hadiah peraduan yang saya menangi pun tak ada apa-apa berita… sehingga la saya bertanya di wall Cavenzi tersebut :

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=189716121099696&id=113234595414516

To @Sumi Jelly
Sabar ya… Hadiah tetap akan dapat, dalam proses 🙂

Itu la jawapan yang saya terima… “SABAR” ……..

Emm……. masih menanti HADIAH dari peraduan yang tamat 31.07.2011… masih tiada apa2 perkembangan…any respond? 🙁

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=196678957070079&id=113234595414516

banyak kali juga saya bertanya pada Cavenzi, tapi satu jawapan pun saya masih tak terima… 🙁

Malah bukan saya sahaja yang masih menanti, 2 orang peserta yang mendapat hadiah saguhati pun masih menunggu….

 

 

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=205684629502845&id=113234595414516

15.11.2011 (Selasa)

Jadi kami masih la menunggu, hiinggala saya membuat pertanyaan susulan:

Ikutkan FEEDBACK dari Cavenzi2u pada 28 October at 17:28 :

“You prize will get next week due this week our Balakong Showroom have a Furniture Carnival.”

Tapi sekarang sudah pun 05.11.2011, sampai sekarang bukan kata EMEL, malah satu berita pun x der. Saya nak tahu apakah STATUS HADIAH kami sebenarnya??

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=205684629502845&id=113234595414516

www.facebook.com

Pun masih tiada apa2 jawapan dari Cavenzi… ohw.. kecewa sungguh saya… hampir 2 bulan dah saya menunggu… tapi bukan sahaja emel, malah tiada apa-apa maklum balas yang saya terima….

Saya tahu dah namanya HADIAH, jadi orang kata benda PERCUMA kene la tunggu kan.. tapi takkan begitu lama. Saya juga bukan pertama kali menyertai peraduan yang melibatkan secara dalam talian ni.. dah banyak kali dan setakat ini tiada masalah pun mengenai pemberian hadiah ini.

Jadi saya hanya ingin mendapatkan HADIAH yang sepatutnya saya menangi…tak salah kan kalu saya bertanya?

11.11.2011 (Jumaat)

 

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=223523407718967&id=113234595414516

Sumi Jelly, Dania Jamine, Liya Hamraa’
Sila email ke it@cavenzi.com beserta nama FB anda kerana kami kehilangan data email kerana virus. Sila email secepat mungkin. Sekian terima kasih.

Hah?? setelah hampir 3 bulan, barulah Cavenzi mencari kami melalui wall Cavenzi. Jadii saya pun menghantar lagi sekali emel tersebut… ini bermakna sudah 2 kali saya menghanar butir2 peribadi saya…

Sangat kelakar la… Cavenzi punya data emel kene VIRUS?? tak kan begitu kot?Takkan mereka tak ada backup data kot?? Sapa yang bekerja di bahagian IT mesti tau kan??? emmm… tak perla.. apa susah, emel jerla kan? jadi saya emel jerla…

23.11.2011 (Rabu)

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=223523407718967&id=113234595414516

Pada 23.11.2011, Cavenzi masih lagi mohon 2 orang peserta untuk emelkan butir2 peribadi mereka. Jika tidak hadiah tidak dapat di proses.

Tak dapat di proses? apa maksudnya.. jika orang tu tak balas samapi sekarang.. kiranya mereka tetap tak dapat proses la yek??emmmm…. pelik la pulak… ok.. tak apa.. saya mash boleh menunggu lagi…

Wah.. bersabar juga saya yek..hehehe

28.12.2011 (Rabu)

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=244227598981881&id=113234595414516

Wahai En Cavenzi2u yang hensem lagi comel, boleh saya tahu agak-2 bila yek HADIAH yang saya menang untuk peraduan LIKE yg telah pun tamat pada 31.07.2011 tu yek?
Sekarang dah 28.12.2011 iaitu hampir 5 bulan HADIAH yang patut saya dapat sampai sekarang tak dapat2 lagi….
Bukan sahaj itu, emel, panggilan telefon atau apa2 surat pun saya tak terima. Adakah perlu saya tunggu lagi dan tunggu lagi yek??
Harap dapat maklum balas dari pihak Cavenzi,…. TERIMA KASIH

Setelah hampir 5 bukan dimana penghujung Tahun 2011, satu emel dari Cavenzi pun masih belum di terima. Malah segala maklum balas di FB pun tiada.

13.04.2012 (Jumaat)

8 bulan sudah berlalu.. kini dah masuk tahun 2012… saya masih menunggu HADIAH yang sepatutnya saya terima pada tahun 2011.Ramai kawan-kawan saya bertanya hadiah tersebut dan mungkin antara mereka sangkakan saya telah pun memilikinya. Jangan kata nak miliki , bayang-bayang pun tak ada.

Adakah ini caranya menganjurkan PERADUAN? Di mana, nyatakan di dalam FACEBOOK untuk menganjurkan peraduan kemudian minta pelanggan menyertainya dan janjjikan hadiah, selepas tamat peraduan terus diam bersama-sama dengan hadiah? Begitu kah caranya?

Saya rasa, ramai yang pernah menyertai peraduan secara dalam talian atau luar talian. Rasanya tak pernah pula mengalami situasi seperti saya kan? Selalunya kelewatan hadiah mungkin dalam 3-5 minggu… bukan 3-5 bulan…Saya juga pernah menganjurkan peraduan di Sumijelly.com juga.. tapi tak pernah pula selewat begini untuk urusan penghantaran hadiah. Malah jika tidak ada maklum balas, saya tetap buat emel susulan atau war-warkan di dlam Blog kembali.

Saya tau… walaupun HADIAH nya tidak la sehebat yang anda fikirkan. Ialah.. bukan wang tunai atau pun hadiah yang beribu-ribu… tetapi JANJJI tetap JANJJI…. jika rasa tak dapat tunaikan janjji jangan adakan PERADUAN…jangan buat PERADUAN ini, jadi tiada sesiapa yang kecewa atau di persalahkan.

Lagi pun CAVENZI bukan la nama yang amat asing. Dalam surat khabar dan juga media cetak yang lain, selalu ada keluar promosi dari Cavenzi. Jadi takkan la Cavenzi yang mempunyai nama boleh biarkan perkara ini berlaku?

Saya sudah pun menelefon Cawangan Cavenzi di Balakong, jawapan yang saya terima dari pekerja mereka adalah sangat mengecewakan. Pekerja tersebut berkata, pekerja yang bertanggungjawab mengendalikan peraduan itu sudah berhenti kerja. Jadi mereka tidak tahu mengenai apa-apa peraduan tersebut.

Eh..cop..cop… tak kan tak tahu kot? Habis selama ni Facebook tersebut siapa yang jaga selepas pekerja itu berhenti? Selama ni siapa yang membalas setiap pertanyaan di Facebook tersebut?? HANTU kot????

Saya sudah tinggalkan nombor telefon saya kepada pekerja tersebut. Malah sehingga kini tiada panggilan susulan untuk saya. Malah Cavenzi telah pun ‘menyekat’ saya di Fanpage mereka di mana saya tidak dapat menulis apa-apa di ‘dinding’ tersebut.

Wah… macam tu sekali ker mereka sekat saya? ishk..ishk..ishk.. kenapa? Mereka takut ker saya akan bertanya kan pasal HADIAH tersebut banyak kali? Atau mereka sebenarnya tiada HADIAH tersebut… jadi mereka buat-buat diam atau cuba nak melupakan HADIAH tersebut.

Untuk makluman, Cavenzi Balakong itu sangat la hampir dengan rumah saya.. saya boleh aja pergi bila-bila masa.. Bukan saya nak pertahankan HADIAH tersebut.. tapi saya nak pertahankan HAK saya sebagai PEMENANG peraduan. Tapi nampak gayanya saya terpaksa la juga pergi….Sebaik saya berada di Bangi, mungkin boleh la ke sana. Tapi bagiaman dengan peserta yang lain. Mungkin jauhh dari Ibu pejabat Cavenzi tersebut.??

Jadi saya mohon la jasa baik Cavenzi supaya selesaikan segera MASALAH yang hampir2 terkubur ni… jika ingin berhubung dengan saya, boleh la emelkan ke: sumijelly99@yahoo.com

Malah jikalau boleh.. ini juga boleh di jadikan pengajaran kepada orang lain supaya tidak terkena seperti saya. Saya rasakan, FB Cavenzi tu tak ada pun tak apa… sebab rasanya banyak ADUAN dari PUJIAN la…

Jadi saya akhiri luahan rasa dengan ucapan terima kasih kepada pembaca, yang sudi membaca sehingga akhir perenggan.

Jika rasa ingin membantu saya, boleh la ‘share’ ‘retweet’ atau sebagai nya untuk menyokong saya. Saya tahu, dengan adanya aduan sebegini, mesti ramai yang akan MEMPERKATAKAN saya. Jika rasa ini hanya la tiada apa2… tak mengapa, abaikan sahaja entry ini.

Sekian, terima kasih.

Dari Peserta yang kecewa,
Sumijelly

 

**UPDATE **

Saya telah pun menerima HADIAH RECLINER dari CAVENZI ini. Untuk lebih jelas, boleh la rujuk di entry berikut : https://sumijelly.com/2012/05/07/kisah-cavenzi-dan-kerusi-recliner/

Terima kasih

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

79 comments

  1. ejam says:

    alasan demi alasan nampaknya pihak cavenzi bagi, apa punya tanggungjawab korperat ler mereka ni.
    orang nak buat promosi kat fb dia nak buat juga, tapi janji tidak ditunaikan.

    semoga pihak yg mengharap ini akan dapat hadiah yang dinanti dan dijanjikan itu.

  2. Sofia says:

    Assalamualaikum wbt..

    Thx for the story kak..nih buat sy rasa cancel untuk ke Cavenzi nih..selama cuma dgr cerita lama2 yg tak elok..tapi skg bila akak kene..ok, ianya membuka mata sy..hehe tqtq kak…

    say no to Cavenzi

    • Sumijelly says:

      @Sofia,
      Salam Sofia….

      tu la.. tka sangka la pulak kan??
      akk memang beli barang cavenzi.. sofa rumah tak sampai 2 tahun dah merekah… jaminan memang tak der.. tp beli dlm RM2K la jugak..

      better beli mahal dari beli yg tak tahan lama..

  3. apple says:

    saya pun penah kene gak..contest kat fb ni, sampai sekrg xdapat hadiah saya, janji nak pos, tapi xtiba2 pun. anta email xbalas, kata sibuk dgn bisnes.. poyo lah…!! ingat aku nak sgt hadiah ko tu, tapi aku sakit hati ko menipu…!!!

    • Sumijelly says:

      @apple,
      la.. ye ker?? takkan kot..

      klau tahu nak wat peraduan, mesti dia ada hadiahnya.. ini bermakna mereka memang nak mengenakan peserta la tu…

      tp memang.. bukannak sgt hadiah.. cuma nak mereka menepati janjji….

  4. mama maman aka yana says:

    slm.. cukup bersabar betul kannn sumijelly nih.. jengah je kedai/office diorg.. atau adukan kat pihak aduan pengguna.. byk dah aduan ttg cavenci nih.. mmg tak patut.. cikai sgt ke diorg nih.. tp nmpk cm berlambak2 kedai perabut diorg… aduhai..

  5. aizuddin says:

    kalau nak diikutkan banyak je nama2 @ company besar yang tak maintain facebook diorang dengan baik. sepatutnya benda tu tak patut berlaku. kena la manfaatkan facebook dengan baik, senang orang ramai nak berhubung. lagi satu bab email.

    mungkin diorang ingat dah ada nama, boleh buat suka2 hati je kot..be professional..

    bagus la, bro kid tu boleh bantu..moga kes ni selesai ye kak..

    • Sumijelly says:

      @aizuddin,
      tu la pasal..dia ingat org ramai tak ambik kesah sgt kot kat FB ni…

      kalu jenama dah kukuh.. kenapa la mereka x nak jaga nama ti elok2…bila dah jadi macam ni kan ker burukkan nama mereka

      tu la.. ramai suh bawa ke Tribunal pengguna….

  6. zarairfan says:

    Pengalaman sy sm jnis jgk. CAVENZI PENIPU. Brg yg display kat kdai or showroom tak sama ble dah dihantar ke rumah. No quality. Tak yah la bli. Bli jer kat wescourt or courts mammoth even org kata courts mhl.mhl klu bli hutang.quality product jauh lg baik dr cavenzi

  7. Henzy says:

    Kesian kak Sumi ni.

    Pertandingan ‘LIKE’ di FB sebenarnya tak boleh diadakan sbb melanggar terma dan syarat penggunaan FB tu sendiri. Bukan nak suruh balas dendamlah tapi boleh report kat FB kalau nak.

    Lagipun dengan semua screenshot bagai tu boleh jadi bukti yg anda telah jadi mangsa penipuan.

  8. Cavenzi says:

    Hello,
    im CEO of Cavenzi…unfortunetly, you not win that chair..but you win
    Rm 10million on the contest. please wait for 50 years to redeem this prize..tq
    🙂

  9. Ros Ibrahim says:

    sumi, kesian sumi.. sabar ye.. memang hadiah tak lah bernilai sangat tapi hak sebagai pemenang tu sgt penting.. akak pun pernah kena gak sumi.. contest like kat FB jugak.. hadiah kecik je.. dress tapi sampai sekarang tak hantar..dah setahun kot he he.. penat eh meraih undi.. ramai yg buat contest sebab nak collect fans je..

    buat segala yg mungkin untuk tuntut 😀

  10. myvitrd says:

    kesiannya… jadi mangsa pulak ye… Dari pada alasan yang diberikan seolah2 pihak cavenzi macam berat je nak bagi hadiah kepada pemenang.. rasanya sebagai pengajaran boleh buat laporan susulan kepada pihak yang bertangungjawab.. supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.. sekarang memang banyak peraduan melalui FB.. dan mungkin lepas ni sumijelly dah serik kot nak masuk pertandingan melalui FB ni..

    Hak perlu di tuntut.. apa kata gegar je cavenzi tu dan tunjukan bukti yang kak sumi dah menang..

  11. dak dB says:

    Hye kak sumi, rs nye akak kene wat aduan… Biar pihak mereka ambil berat kes2 mcm. Jgn sesuka hati nak tipu pengguna. Klu tak leh bg adiah tu, jgn pandai2 nak janji kan sesuatu yg tak mampu. Huhu..
    Unlike je page mereka. Huhu.. *tak jht sgt kan..

  12. yanmie says:

    Salam,

    Peraduan kat FB ni juga salah satu teknik diorang nakkan LIKE je, hemmmm patutnya janji kenalah kotakan kan, kalau tak boleh nak kotakan jangan buat peraduan, nyusahkan orang jeee heeheee~

    Sabar ya kak sumi 😀

  13. masviona says:

    sumijelly, sy pun dulu lah pernah ada bad experience ngan cavenzi nih hmpr 6thn yg lepas….kesalahan drp pihak cavenzi tp kita sbg customer yg terpaksa bersuah payah kena telefon n ulang alik ke kedai n jgk hq showroomnya di balakong tuh. masa tuh dah la nak raya kan mestilah kita nak kan items yg kita dah beli lps tuh staff diorg boleh buat sambil lewa kita nye complaint smpai menyusahkan kita n kita dh naik angin.

    sampaikan my hubby dah naik angin n mau berjumpa ngan dia punya manager kalau tak mmg dia nak report ke tribunal pengguna lepas tu barulah isu weols dpt disettlekan secara baik….huhuh

    lps tuh smpai sekarang weols serik ngan cavenzi n tdk lagi berurusan ngan cavenzi sbb geram punya pasal….hehe

    neway saya harap agak hadiah sumijelly dpt diberikan oleh pihak cavenzi dlm masa yg terdekat nih…insyaallah!

  14. thalhah says:

    saya punya pengalaman lebih kurang mcm ni la. Penaja yang nk taja pertandingan yang sy buat larikan diri selepas dapat pemenang. Berbulan bulan tunggu xde repon dari mereka. xpasal2 saya kene marah sbb menganjur. huhu… sampai skang sy xkan lupa penaja tersebut. menyusahkan org je..

  15. Nurul says:

    Ya Allah teruknya diorang ni… sabor jelah.. Sampai camtu sekali nak tuntut HAK Kita, tetiba rasa cam geram plak.. PENIPU betul lah CAVENZI ni..

    Bat aduan je kak.. KID dah nak tolong tu.. biar jadikan pengajaran buat diorang..

  16. ummiarissa says:

    entah2 hadiah tu diorang dah cilok kat geng2 diorang tak…konon2 pemenang dah amik…sebab bukan susah pun nak bagi hadiah kalau memang ada stok dia..makan bertahun lak…g je report,..bukti dah ada ..apa nak takut…ingat company besar boleh buat sesuka hati je ke…cancellah akak nak beli perabot cavenzi kat KB untuk umah baru nanti…baru je g jalan2 survey bulan lepas…cancell!!!!

  17. akubiomed says:

    Kita mengharap dan janji pula tidak ditunaikan. Saya perasaan meluap-luap menantikan hadiah yang tidak kujung tiba. Memang tidak patut diperlakukan begitu. 🙁

  18. penyubiru says:

    selalu dengar cerita tak elok pasal Cavenzi ni. nampaknya diorang tak pernah ambik berat masalah yg diadu dan perbaiki servis mereka.

    kalau diorang terbaca entri ni dan masih buat tak faham jugak,nampaknya diorang tak tahu impak maksima yg terhasil dari entri blog ini.

  19. puanbee says:

    Cavenci bukannya bagus pun produk dia , banyak beli satu set semua lingkup ..

    akk report jek , dah nak dekat setahun pun , menipu ni .. nak beriklan free2 jek , kalau dia bayar kat paper lagi mahal rasanya cas , ni fb murah jek pun tk nak bayar , ingat pengguna fb ni semua tk tau apa2 kot

  20. puanbee says:

    saya beli set almari , katil dengan almari solek , semua kena paku lain .. katil patah sana sini ..

    berdiri jek pun dah patah ..

    beli sofa , kaki patah .. teruk betul .. semua kena buang gitu jek mebazir rm3k

  21. d0d0l says:

    baru saja menjadi mangsa penipuan Cavenzi Balakong (HQ). salesman di HQ berkenaan hanya tau nak komisen saja. sbulan yang lalu, kami ada membeli set bilik tidur yang berharga hampir rm2ribu. itu pun selepas ditolak diskaun sebanyak 70%. menurut salesman, tilam dan bantal diberikan percuma. memandangkan rumah kami yang tidak berapa besar, kami cuba mencari saiz yang sederhana. namun salesman tersebut meyakinkan kami bahawa set perabot di Cavenzi boleh muat dimana ianya boleh dibuka dan dipasang semula.

    Tiba hari yang ditunggu, set bilik tidur tersebut tidak muat dan memang tidak boleh masuk memandangkan bilik tidur berada di tingkat atas. Lebih malang lagi, set perabot tersebut tidak boleh dibuka & dipasang semula seperti yang diberitahu salesman. Menurut pemandu lori tersebut, ramai pelanggan pulang balik sebab ianya tidak boleh dibuka pasang semula.

    Sebagai salesman, sepatutnya jujur dengan pelanggan. Jika tidak boleh, kata tidak boleh. Pelanggan boleh pilih set lain. Tiada jalan penyelesaian, pihak Cavenzi mengambil semula set bilik tidur tersebut dan menyuruh kami datang semula ke Cavenzi Balakong untuk memilih set lain. Sangat menyusahkan!

    Semasa pemandu lori nak ambil semula set tersebut, saya dikehendaki sign resit sebagai bukti set tersebut bermasalah. Namun saya amat terkejut kerana resit yang ada pada pemandu lori tersebut tidak sama dengan resit yang ada pada saya. Persoalannya, bolehkah ada 2 resit yang berbeza bagi pembelian yang sama? Resit yang ada pada saya menyatakan harga lumpsum. Manakala resit pemandu pula ada harga setiap item. Yang membuatkan saya terperanjat dan terkejut adalah harga tilam RM800! Kalau ikut logik dan waras saya, tak tergamak nak beli tilam yang berharga RM800 tu? Untuk apa beli tilam mahal begitu sekali? Sedangkan pada awal urusan pembelian mereka katakan ianya PERCUMA! Begitu juga dengan 2 bantal yang dikatakan PERCUMA. Tapi dalam resit berharga RM5. memang nilai yang sikit, tapi ia tetap satu penipuan. Jika harga bantal RM5, kenapa kertas di dalam plastik bantal tersebut tertera harga RM50? Adakah mereka menjual bantal RM5 dengan harga RM50? Selain itu bila dikira balik harga dalam resit saya dan resit pemandu, amatlah berbeza. Bila saya menghubungi pihak Cavenzi, mereka menyatakan ianya termasuk caj pengangkutan RM110! Sekali lagi saya terkejut? Kenapa ada caj pengangkutan sedangkan mereka kata tiada caj pengangkutan dikenakan?

    Boleh bayangkan berapa penipuan dalam penipuan berlaku dalam Cavenzi? Kalau tidak kerana set bilik tidur bermasalah, mungkin saya tidak sedar saya ditipu sebegitu sekali!

    Bila saya minta no boss HQ, staff Cavenzi tak bagi kerana dilarang beri no HQ kepada pelanggan? Sejak bila pelanggan dilarang berhubung dengan pihak atasan?

    Bila saya ingin batalkan pembelian, mereka tidak benarkan kerana tertakluk kepada peraturan dan mengkehendaki saya memilih perabot lain.

    Saya buat aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia melalui kotak aduan di website mereka. Namun saya tidak pasti berapa lama saya harus menunggu aduan saya diproses. Adakah saya harus memilih perabot lain atau menunggu keputusan TTPM?

    Cavenzi memang penipu! Saya harap mereka diluar sana tidak tertipu dengan kata² manis pihak Cavenzi. Bayangkan di HQ (Balakong) sendiri pun mereka tak tau nak handle masalah ni, bagaimana pula dengan cawangan2 yang lain.

    • Tilam yang dikatakan PERCUMA rupa²nya dikenakan bayaran RM800
    • Bantal yang berharga RM50 kononnya PERCUMA bernilai cuma RM5
    • Caj pengangkutan percuma rupa²nya termasuk harga pakej iaitu RM110

    Kes saya nie masih diawangan. Saya akan update isu nie dalam blog sebaik saja ianya selesai tak kira sama ada saya dapat balik bayaran mahu pun terpaksa memilih set lain.

  22. liza says:

    saya pun kena main dengan cavenzi, sampai sekarang tak dapat barang yg dipesan. bayaran pendahuluan RM 1500.00 dah dibuat. janji may 2013 sampai sekarang tak dapat-dapat…..

Leave a Reply to puanbee Cancel reply