Jom Pi Menara Alor Setar!

Acara :  PROGRAM JOM PI MENARA ALOR SETAR SEMPENA HARI TELEKOMUNIKASI SEDUNIA 2012 PERINGKAT NEGERI KEDAH
Tempat : Menara Alor Setar
Tarikh :  17 Mei hingga 19 Mei 2012

Dengan hormatnya dimaklumkan Menara Alor Setar bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia Berhad selaku penaja utama akan mengadakan PROGRAM JOM PI MENARA ALOR SETAR SEMPENA HARI TELEKOMUNIKASI SEDUNIA 2012 PERINGKAT NEGERI KEDAH pada 17 Mei hingga 19 Mei 2012 di Menara Alor Setar.

Program ini akan dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung mulai jam 9.00 pagi hingga 11.30 malam.

Untuk makluman. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, YB Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pada 19 Mei 2012 seterusnya Memotong Kek Gergasi 1 Malaysia (saiz 8 kaki x 16 kaki).

Sempena dengan majlis perasmian ini, satu Majlis Kenduri Rakyat akan diadakan pada jam 11.30 pagi bagi memeriahkan program ini yang dijangka dihadiri oleh seramai 3,000 orang.

Selain gerai-gerai jualan dan pameran tersebut, beberapa aktiviti akan diadakan bagi mengisi dan memeriahkan program ini antaranya :

  • Kursus ‘Business Online’
  • Pertandingan Explorace
  • Pertandingan Fotografi “True Love From Menara”
  • Pertandingan Fear Factor Menara Alor Setar
  • Sukaneka Bersama Pengunjung
  • Pertandingan Treasure Hunt
  • Pertandingan Pasang Telefon
  • Pertandingan Mewarna & Sukaneka
  • Pertandingan B-Boy Battle
  • Pertandingan Fixie Bike

Persembahan hiburan juga disediakan bersesuaian dengan cuti hujung minggu seperti:

  • Persembahan Nasyid
  • Persembahan dari Artis tempatan & jemputan antaranya Rahmat Mega
  • Perhimpunan GMC Club
  • Perhimpunan Kelketu Club
  • Car Audio Blaze

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai ke PROGRAM JOM PI MENARA ALOR SETAR SEMPENA HARI TELEKOMUNIKASI SEDUNIA 2012 PERINGKAT NEGERI KEDAH di Menara Alor Setar untuk bersama – sama memeriahkan lagi program ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 04 – 720 2234 atau 04 – 720 2901 atau layari blog Menara Alor Setar di http://menaraalorstar.blogspot.com atau ‘like’ laman Facebook rasmi Menara Alor Setar (Alor Setar Tower).

Sekian dan salam hormat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply