SENARAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK :
- Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disco, kelab malam atau kasino
- Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
- Di dalam lif atau tandas awam
- Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
- Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
- Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta
- Di mana-mana kawasan lapangan terbang
- Di mana-mana kawasan premis kerajaan
- Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan
- Di mana-mana kawasan institusi pendidikan tinggi
- Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak
- Di dalam bas sekolah
- Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos Malaysia
- Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
- Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak
- Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
- Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
- Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
- Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
- Di mana- mana kawasan di dalam tempat latihan khidmat negara
Emmm….. agak-agak ada tak yang patuh dengan setiap larangan yang di wartakan?? Ada tak???huhuhuh

Ada baiknya jgn merokok terus.. sayangi keluarga anda..
@myvitrd,
yer… terutama lelaki… x yah la isap rokok… hik3
Sesungguhnya saya memang patut sebab saya TIDAK MEROKOK…. BELIA BENCI ASAP ROKOK
@hazman aka species1980,
yer..bETUL!!
ramai jer kot yg langgar rules. especially kat kedai makan ada ekon…sesak nafas derrr 😀
@lily lotus,
yup.. sangat tak suka bila masuk kedia makan .penuh ASAP ROKOK. tak sesuai untuk kami sekeluarga masuk kekedia itu…….
Paling benci ngan orang yang merokok… Sesak nafas..
@Nurul,
yer… sama… eh.. perempuan yang merokok pun tak suka gak..huhuhuh
pasni update kawasan mrokok lak..~:-p
@JMR,
banyak lako… nak merokok?? g jer merokok kat tempat buang sampah.. situ nak membakar sekalipun boleh……..
“Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan”
Dalam Masjid jangan Merokok. Kadang2 manusia ni tak faham kalau tak bagitau direct.. =.=
Terbaru >Professor Emeritus Dr Sir? Mak Aih! >Anonymous, Lulzsec Rekrut Hackers Baru dari Malaysia ? >Ada Makhluk Cungkil Keyboard Netbook Aku
@phreak-id,
masjid pun merokok? alahai……….. sia-sia jerla g masjid gitu, kalu tka thau tempat larangan
Minta cara atau kemana hendak membuat laporan tentang org2 atau premis yg melanggar larangan kawassn nerokok.