Menjamu selera di RFC, Shah Alam

Ohya… lupa pula nak bagi tahu… pada suatu hari, saya berkesempatan menjamu selera di RFC tau… eh.. tak kan tak tau apa itu RFC?? Radix Fried Chicken laaa……… haaaa……..

RFC ni telah pun di buka pada 22.02.2012 yang lalu…. ishk… punya la lama.. baru sekarang dapat merasa…sedih kannnn?? huhuhu

Jadi saya telah pun memaksa my IR ke Shah Alam untuk merasa Ayam RFC lak.. sebab sebelum ni dah pernah rasa MFC kan. jadi nak pula merasa RFC lak…hihihihi

Waktu saya pergi tu, waktu makan tengahari.. jadi saya bayangkan mesti penuh, ramai atau padat………..huhuhu

tetapi……… sebaliknnya…

dimana tiada orang pun yang datang… jadi sangat senang hati boleh la order lambat-lambat kan??hik3

Jadi saya pun pesan :


Chicken Set B – 3 ketul ayam (RM 13.15)


Nasi Ayam – 2 ketul ayam + Nasi (RM10.35)

Air minuman nya termasuk sekali.. tetapi saya tukar air ke Air Juice Mangga, kene tambah RM 1.00 lagi la…Jadi keseluruhannya adalah :


RM27.03 sahaja….

Budak kecik ni.. menghabiskan air juice saya… ishk.. dah bawa air kotak pun ambik saya punya… sudahnya.. ibu minum air putih jerla…huhuhuh

Meh tengok beberapa menu yang sempat saya ambil gambarnya. Itu pun orang kiri kanan pandang saya ambik gambar..keh3…

Besar juga RFC kat Shah Alam ni..  2 tingkat bangunan nya…. Tapi kat tingkat atasnya di tutup dan ada juga kemudahan surau… Tingkat atas tak buka kot… lagi pun bukan ramai pengunjung pun masa saya pergi…….

Kalu rasa nak makan kat luar pun boleh.. cuma bezanya panas jerla yek..hik3. Kalu ada anak-anak boleh la bagi anak-anak main kat luar kan.. ada juga taman permainan nya.

Tapi kecik jerla yek.. kalu anak ramai tu.. pas makan leh la pulang terus.. tapi setakat bawa Zulfadhli tu.. ok jerla… tak perlu pening-pening pala nak layan..keh3

Sangat senang nak ke RFC Shah Alam ni… dari tepi jalan dah leh nampak bangunan nya yang berwarna oren ni…

Alamat:
No 2. Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7 Shah Alam.
(Landmark: depan padang Sek Ren Keb Seksyen 7, Shah Alam)

Waktu Operasi:
Dibuka: Isnin – Khamis 10 pagi – 1 pagi.
Jumaat – Ahad 10 pagi – 12 tengah malam.

Saya ada gak tanya my IR, macam tak der sambutan jer RFC ni… tak der orang pun. Tak meriah pun macam KFC @ McD… tapi my IR cakap… ni waktu kerja… mana tahu malam meriah kot…

Yela kott….. saya mana tahukan persekitaran Shah Alam… mungkin kot meriah..hehehe. Sebab apa saya kata begitu, masuk-masuk Restoran dia pun saya kurang gembira… entah la.. mungkin persekitaran atau suasana nya tak meriah kot… **itu anggapan saya la**

Tapi yang saya tak puas hati tu…. penat tau saya pergi ke Shah Alam semata2 nak rasa RFC ni…..sekali RFC tu nak buka kat Bandar Baru Bangi pulakkkk…………….

Majlis Perasmian RFC Bangi
Tarikh: 1 Jun 2012 (Jumaat)
Masa: 2 petang
Lokasi: Radix Fried Chicken Sdn Bhd
A-02-G Jalan Medan Pusat Bandar 5
Paragon Point @ BICC Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi

Laaa…..dekat jer…. sebelah Ayam Penyet tu jer… ishk… kalu tak tahu… pepandai la tanya orang.. mesti jumpa punya..hik3

Ishk…ishk.. kan tak pasal-pasal saya kene g lagi sekali kat RFC Bandar Baru Bangi pulak…. hahahaha……Ok.. nanti kita tengok kat BBB pula.. adakah meriah? adakah ramai?? hehehe…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments

  1. hazman aka species1980 says:

    Shila : Aku percaya dalam seminggu dua lepas buka confirm ramai la kan…. then back to normal… cuma aku pelik aku dah inbox AGM untuk offer buat FOC COVERAGE pun sampai skang diorang tak reply…. huhuhu… fikir nak tolong company bumiputera jeeee

  2. Radix Fried Chicken says:

    Salam

    Minta jasa baik untuk ubah alamat RFC Bandar Baru Bangi kepada

    Radix Fried Chicken Sdn Bhd
    A-02-G Jalan Medan Pusat Bandar 5
    Paragon Point @ BICC Seksyen 9
    43650 Bandar Baru Bangi

    Bimbang orang terkunjung tempat yang salah

    Terima kasih!

  3. harith says:

    saya dah pergi rfc shah alam 2x, 1st pergi sy rasa aym goreng mcm kurang rasa, x mcm yg biasa2 sy mkn kat melaka mmg sedap, jd sy pn mcm kecewa sikit la knape yg shah alam kurang sedap, tp baru2 ni sy pergi alhamdulillah mcm ada peningkatan dari segi rasa dan servis, setiap kali sy pergi org mmg ramai je, sy dok klang je, jd any time blh prgi, rfc ni bagus, mmg kalau nk compare aym dia dgn kfc mcD mmg rfc mng sbb dia pakai aym organik, means sgt bagus utk kesihatan, tak mcm aym kfc yg kurg berkhasiat, sy akn terus sokong produk kita org islam, kesilapan sikit2 tu biasa la, mcm servis lambat ke, tpt kurg penjagaan ke, ye lah mula2, entah2 dulu masa kfc mula2 buka pn mcm tu juga hehe

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply