KFC Pokkits??

Pernah dengar POKKITS dari KFC?? Ishk… tipu la tu kannnn.. selalu kuar iklan kat tv tau… takkan la tak tengok kott….

Wah… masa iklan tu duk menari2 kat tv tu… hati tu teringin sangat nak cuba la kan… iyala.. mesti rasa sedap dan besar kan?? kan??

Jadi saya pun cuba la dengan membeli nya SATU sahaja… khas untuk saya sahaja…kah3..

Gini la rupanya bila dapat… cisss… tak dapat pun pembalut kat luar tu.. tak aci betul la… sebab iklan dia kemain sungguh.. siap ada pembalut kat luar tu kan…hik

Alahai… bila saya buka pembalut kertas tu….. omak aik…. keeeeeecccccccciiikkkkkkk nyaaaaaaaaaa……… Sesuai tuk anak-anak saya makan jer kot…dua kali gigit jer kot dah habis…….

Isinya pula adalah terdiri dari pada keju Monterey Jack, keju Cheddar, ketulan filet Zinger dan disalut dengan sos chutni nenas mangga, serta dibalut rapi dengan kon roti pita.

Untuk permulaan KFC Pokkits boleh didapati pada harga promosi RM2.60 secara ala carte sehingga 27 Mei akan datang. Ia juga boleh didapati dalam bentuk kombo bersama minuman ringan bersaiz sederhana pada harga RM5.50.

Ishk…….. sangat sangat sangaaaaaaattttttttttttttt tak berbaloi ok kalu beli dengan set kombo tau! baik la saya beli set ayam yang dah tentu kenyangggggg…….

Okla.. saya dah rasa dan saya mungkin tak akan beli lagi la kot.. dan sangat tak sesuai dengan tagline nya ‘Gigitan terakhirnya memang layan’ dan sesungguhnya saya tidak terlayan sungguh tau!!!

Jadi bagaimana pula dengan anda? dah cuba??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply