Memey Suhaiza Hamil Enam Minggu

Apa-apa pun……TAHNIAH la kepada pasangan Memey Suhaiza dan Norman Hakim atas berita gembira itu…

(gambar kredit to : Kringg)

Tahniah MH Online ucapkan kepada pelakon popular, Memey Suhaiza yang kini disahkan hamil enam minggu.

Berikut adalah pengakuan Memey ketika dihubungi MH online;

“Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.

“Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak,” katanya yang dijangka akan bersalin pada pertengahan bulan Februari tahun depan.

Menurut Memey lagi, Norman berasa sangat gembira dengan berita tersebut dan pada yang sama risau dengan jadual kerja Memey yang padat. Memey juga dinasihatkan oleh doktor supaya menjaga kandungannya yang masih diperingkat awal.

Nota kaki : Semoga kehamilan nya akan berjalan lancar dari mula hingga akhir… AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply