Tiket Percuma ke Melaka Wonderland Theme Park

Yeahhhhhhh. I LOVE SURAT KHABAR…….. sebab suka bagi TIKET PERCUMA kepada pembacanya….hahahaha

Hari tu dah ke Genting Highlands, pas tu ke Gambang… kali ni ke Melaka Wonderland Theme Park pula amboi…….. jalan sakan sungguh saya ni…hahaha

Ni keratan akhbar dari Harian Metro untuk 40,000 tiket percuma ke Melaka Wonderland…hehehehe…….. ok.. dia nak 10 keratan kepala akhbar terkumpul, pembaca akan diberikan empat tiket iaitu dua tiket ke Melaka Wonderland dan dua tiket ke Wildlife.

Tarikh hendakla bermula dari 21.08.2012 sehingga 9 September 2012 sahaja. Tidak terhad untuk 1 hari, malah boleh dikumpulkan pada hari yang sama…

Paham dak??hahahaha

Jadi minggu lepas,dalam tengahari saya turun la untuk pergi menebus tiket percuma tu… jadi sedang membayangkan.. mesti KOSONG seperti saya tebus tiket ke Gambang… tetapi…………….

.

.

.

.

.

.

.

.

Mak aik………..ramai la pula dan bersepah2 pula nak beratur… ni baru pukul 1 ptg… mesti lambat punya la nak tebus….

Jadi saya pun ambik la keputusan g makan dahulu dan buat apa2 yang patut… dan dalam kul 4 ptg nanti baru la datang balik….

Ishk.. penat jer berdiri nanti… kalu panjang gini… tak koser la…hahaha

Tetiba saya baca tampalan kertas di cermin ni…

Maksimum 8 tiket (20 kepala keratan akhbar) sahaja boleh di tebus untuk setiap pembaca.

erkkk?? baru nak tulis kat sini… dalam surat khabar tak der pula tulis Terma dan Syarat ni… ishk.. dah la saya bawa sebanyak 50 keping kepala harian metro ni… alahai…

Ok tak per… kita pulang dulu.. nanti kita fikirkan cara2nya….

Jadi sebelah petang nya dalam pukul 4 dtg saya pun datang lagi sekali….  dan alhamdulilah..barisan nya tak la sepanjang awal petang tadi…

Berbaris dalam pejabat.. kira ok la.. walaupun aircond tak terasa kan…hahaha yang penting tak panjang barisan nya…hehehe

Saya bawa Danial dan Iskandar ikut sekali untuk tebus… sebab makluman tu tulis 20 keping untuk seorang.. jadi kalu 60 keping..kira sorang 20 keping la kan..hahaha

Ala..derang bukan nak IC ker apa.. cuma ini nama dan telefon jer … bukan nak rekod apa pun…huhuhuh

Dan akhirnya……..saya dapat juga tebus tiket nya… eh..eh… kata dapat empat tiket iaitu dua tiket ke Melaka Wonderland dan dua tiket ke Wildlife, rupa2 nya dai bagi lagi Diskaun 20% tiket tuk ke Dinasour Park. ishk… tgk.. saja jerkan.. nak menambahkan perbelanjaan ke sana…

Jadi tiket ni boleh di gunakan dari 15.09.2012 – 31.10.2012 sahaja… selepas tarikh tersebut tiket tu masih boleh di gunakan tapi dikenakan 50% dari harga asal nya…hehehe

Okla.. sekarang kene cari masa yang sesuai nak ke sana?? emm……….. dah la bulan Oktober ni tak der cuti sekolah… jadi nak tak nak kene g hari sabtu dan ahad ler…hehehe

Eh..lupa pula nak tanya.. ada ker sesiapa yang kumpul dan tebus tiket ni?? Selalu nya Nik pun rajin juga kumpul.. tak tahu la kali ni dia kumpul ker tidak…hhehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments

  1. Akma says:

    wah..rajinnyee..klau rajin beli Metro memang syiok lah..suami saye xsuka beli Metro ni..so idok le dapat mengumpul2 ni..huhu..kena usaha cara lain plak.. 🙂

Leave a Reply to Akma Cancel reply