Hari Pertama : 14.09.2012 (Jumaat)
Penerbangan pukul 7.10 pagi, tapi pukul 5.30 pagi saya dah bertolak dari rumah. Maklum la… hari Jumaat, waktu hari bekerja.. jadi kene kejar masa untuk hantar anak ke sekolah, ke TASKA dan juga my IR ke tempat kerja…
Mujur ada adik ipar datang untuk menjaga lagi 3 orang anak di rumah sementara my IR menghantar saya ke Lapangan terbang…
Turun di Pintu 1 & 2 untuk penerbangan Dalam Negeri…. dalam pukul 6.10 pagi dah sampai…. seorang diri lak tu..hehehe
Sementara menunggu kawan-kawan yang lain datang, saya singgah ke Surau untuk solat Subuh… masya allah… ramai nya umat di dalam..hehehehe…
Mungkin ramai yang nak ‘menerbangkan diri’ la tu…hehehe
Saya hanya bawa 1 beg tarik + 1 beg sandang + 2 beg jinjing……
Beg tarik saya isi pakaian dan sebagainya, Beg sandang isinya peralatan mengepam susu, beg jinjing pula ais pack + cooler box untuk menyejukkan susu dalam perjalanan..hehehe
Jangna ingat saya pergi berlenggang aja….. walaupun saya jauh beribu batu.. bekalan untuk Huzaiman tetap saya lakukan…hehehe
Dalam pukul 6.30 pagi kawan-kawan saya sumer dah sampai…. dan masa untuk check in pula…
Hanya beg tarik saja saya masuk kargo… yang lain sumer saya bawa masuk naik flight…. Mengikut kata Peramugari di situ :
- Sebarang CECAIR boleh di bawa untuk penerbangan DOMESTIK sahaja
- Beg yang boleh di bawa untuk seorang ke dalam flight hanya 2 beg sahaja
Jadi selepas sumer selesai masa untuk masuk ke dalam Kapal Terbang pula… yeahhhhh…. dah nak berlepas…
Tu nak bagi tahu… bukan kapal terbang tu yang saya naik.. tapi tu kapal terbang lain.. mana nak nampak kapal terbang yang saya naik… hehehe
Saya naik flight MH 2612 sepatutnya 7.10 pagi, tapi ada flight delay pula hari tu.. jadi lambat sikit menjadi pukul 8.25 pagi pula…hehehehe
Jadi nantikan sambungan seterusnya pula yek…… kang panjang2 tulis letih pula nak baca…….
Tungguuuuuuuu………………………..
pramugari dia tentu tak berapa cun kan?hik3
Hurmmm…. Eyriqazz mmg suka la FA air asia sebab pakai skirt pendek kan….Kiranya untung yea ko dapat naik MAS biasa company skang antar staf naik AA je …..
Waw..bestnye berjalan ke Sabah..
Eyriqazz cakap tu memang betul. MAS punye FA memang bukan cantik sangat. Dah la garang…Haha
selamat berMAS ya, nak ikut