Panduan mengepam semasa dalam Kapal Terbang

Ok.. bab naik kapal terbang dah citerkan…… jadi dari KL ke Sabah mengambil masa dalam 2 jam 30 minit jer kot.. kerja mengepam tetap saya lakukan……

Apa hengat g Sabah berlengggang kangkung jer ker?? tu dia… saya kene jinjing 2 beg kehulur hilir tak kira di mana sahaja.. dalam flight atau dalam bas…hehehe

Jangan risau.. beg jinjing dan cecair ais pack tu boleh di bawa ke kapal terbang…….jadi tak perlu masuk ke dalam kargo punya…..

Untung duduk seat tepi sekali….. dan yang lagi best.. di kelilingi oleh rakan2 sekerja yang tahu saya memang seorang ibu yang menyusukan anak…

Jadi bab-bab mengepam ni mereka sudah lali..hehehe

Yang penting kene ada SHAWL yang lebar dan besar, warna hitam, sweater atau jaket yang besar juga…

Saya bentangkan shawl tu di tengah2 suapaya menjadi penghadang antara sebelah saya dengan saya…. walaupun dia perempuan pun, tapi kerusi di hujung tempat duduk tu still boleh nampak kerja2 yang saya lakukan…

Jaket pula untuk saya cover pam susu tu.. bab mesin berbunyi tak der masalah. sebab enjin pesawat lagi kuat dari mesin mengepam tu tau. jadi memang tak akan dengar punya.. jadi tak perlu ada rasa malu ok!

Dapat la saya buat pumping dalam 20 minit…… sementara kapal terbang di atas awan….. saya dapatla menikmati pemandangan awan sambil mengepam…..hehehe

Inilah hasilnya… dapatla dalam 4 oz atau 120ml susu…..

Selepas mengepam, saya simpan dalam cooler box yang berwarna biru tu.. yang di dalam itu ada ice pack sekali……..

Kiranya walaupun saya berada beribu-ribu batu……. tapi untuk Huzaiman, saya sanggup bawa segala barang-barang mengepam walaupun ramai kata LECEH!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments

  1. irsah says:

    Itulah serba sedikit pengorbanan yer.. diharap readers dapat iktibar dalam kaedah lebih ideal bila di atas awan… thks share..

    p/s: kena jangkakan juga tempoh flight nanti, takut masuk cooler box, tak buleh pula dihidangkan…

  2. ety says:

    nak tanya, selepas pam didalam flight tu, di kastam utk scan bag tu, susu yg dah dipam tu lepas ke? atau kena buang?

Leave a Reply to Mummy Akmar Cancel reply