Alahai…….tayar pancit? Reti ker tukar tayar ni??

Semalam entah kenapa hari tak baik la sikit. tak abik la cakap kalu hari MALANG tau… kita tukar la ayat best sikit…..

Semalam tayar kereta saya pancit….. tu pun perasan masa kat parking tempat kereta… tapi sebelum tu dah terasa gewang masa memandu kereta tu………

Asal dalam gambar tak ketara sangat pancitnya… bila tengok secara ‘live’ memenag nampak sungguh pancitnya….hehehehe

Ni kalu saya tak perasan, memang bawa lagi la kete ni walaupun pancit…hahahaha sebaik perasan…

Sambil di temani 2 orang kawan pejabat, mereka membantu saya untuk menukar tayar kereta…..

ishk…ishk. sebaik la kat pejabat …. kalu kat luar. saya cal IR jer kasi settle… tak kuasa la pula nak menahan orang lalu lalang tu kan…….Nanti silap2 tahan… jadi lain… choiiiii….

Oh ya… ni ada tips untuk menukar tayar.. tu pun google jer …jadi saya copy paste jerla yek :

Jika tayar anda pancit, jangan gelabah atau panik, perlahankan kereta dan pastikan stereng tegar di pegang kemas.

  • Serta-merta memasang lampu kecemasan.
  • Kiranya terafik padat, boleh memasang lampu depan / belakang kereta anda. 
  • Cari bahu jalan yang rata. 
  • Kemudian, cepat memasang alat kecemasan atau kon lebih kurang 20 – 30 meter di belakang kenderaan anda. Kesemua penumpang di nasihatkan keluar kereta. Tidak di benarkan berada dalam kenderaan. Bahaya kiranya berada di dalam kenderaan.

  • Keluarkan tayar ganti. 
  • Keluarkan “jack”. 
  • Alat skrew driver. 
  • Pembuka nut atau tayar. pasang “brek tangan”. Kemudian masuklah salah satu gear. Apa-apa gear pun boleh. <<——- yang ni tak derla pulak kami lakukan masa tukar tayar…hahahaha

Langkah kemudian, buka “wheel cover” tayar terlebih dulu dengan skrew driver. Seterusnya, buka nut-nut tayar bocor. Naikkan tayar bocar sehingga ia melepasi paras tanah.Untuk tayar ini, cari tempat keras atau kuat di badan kereta bagi meletakkan “jack”. Sesudah memasuki tayar ganti, ketatkan nut-nut tayar dengan sederhana sahaja.
Proses seterusnya ialah menurunkan kenderaan. Kemudian, hendaklah memperketatkan keempat-empat nut tayar. Ini penting. Ia melarang nut-nut tayar daripada terjatuh keluar.Bagi mengakhiri langkah-langkah pernukaran tayar itu, turunlah kenderaan dengan perlahan.

Akhir sekali, letakkan jack, alat pembuka tayar, skrew driver, tayar bocor ke dalam booth dengan selamat.

Wah…. bunyi macam senang jer kan nak tukar tayar kereta…….. padahal susah weiiiii………. nak naikkan belakang kereta tu ngan jack…… kalu jack tu hensem tak per. ni hitam legam ok…. habisla jari-jari saya yang lawa ni…..hahahaa

Terima kasih la pada 2 rakan pejabat saya ni…. kalu tak der derang, konpem saya panik!! Jado…. kesimpulan nya….. pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang SELAMAT untuk di bawa…. kalu tak selamat.. suh ajer suami korang hantar….

Tapi bak kata Broframestone “tak payah pakai kereta jika tak tahu cara tukar tayar” hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments

  1. raayeop says:

    Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

    Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada…

Leave a Reply to KiD Cancel reply