Tips Suami Mithali & Rumahtangga Bahagia

Tip suami mithali

  • Keperluan psikologi
    Meningkatkan keyakinan pasangan dengan memberi rasa dimiliki dan kemesraan kepada mereka.
  • Keperluan kuasa
    Menjaga harga diri pasangan dengan mengambil kira pandangan isteri dalam apa juga tindakan.
  • Kebebasan
    Memberi ruang kepada pasangan membuat keputusan bersama dalam rumah tangga.
  • Keseronokan
    Memberi kebahagiaan kepada pasangan dengan mengamalkan kemesraan dalam rumah tangga.

 

 Tip rumah tangga bahagia

  • Berbicara lemah lembut, memanggil dan memandang dengan kasih sayang antara suami dengan isteri.
  • Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih. berhias dan memakai wangi-wangian.
  • Jujur dan amanah, jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan, malah sekiranya ada kekurangan, segera tutup daripada pengetahuan orang.
  • Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan.
  • Tidak membandingkannya dengan orang lain
  • Jauhi hal menimbulkan rasa cemburu.
  • Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan.
  • Jadikan kamar tidur tempat peribadi, bersih, harum dan masa menyenangkan pasangan.
  • Saling menasihati dan cuba meringankan beban ditanggung pasangan.
  • Peruntukkan waktu khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti Maghrib dan Isyak, bersiar-siar dengan anak di taman.
  • Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan.

Wah….. tetiba letak SUAMI jer tips jer… isteri nya tips tak der ker?? hahaha…. dah blog ni empunya nya wanita. harusla tempek yang untuk LELAKI…… mana tau IR saya baca kan….hik3…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

  1. fara says:

    Aku paling suka ni “Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan.” bukan part masak tu. Mengaku diri tak pandai masak, masih mencuba hehe. Suka part meringankan beban kerja pasangan. Isteri sekarang pun rata-rata banyak yang kerja, jadi memang WAJIB suami tolong. Suami kena ingat, isteri tu kerja untuk meringankan beban suami. Jadi, sama-sama lah kita meringankan kerja masing-masing 😀

Leave a Reply to fara Cancel reply