Ok… kat Putrajaya ni banyak nau kedai makan tau. tapi tak der la tiap2 hari nak g makan dan review kan.. mana yang tak pernah review jer saya review…hik3
Ok.. kali ni nak citer pasal Restoran Maritime Putrajaya pulak… ishk.dekat nau dengna opis saya . depan jer…. eh.. silap..sebelah jerla..
Sebelah Pullman dan terletak di Pusat Maritim Putrajaya, Presint 5…
Korang leh nampak dari jauh tertulis Pusat Maritim Putrajaya tu tau…. kalu tak nampak. memang sah la.. lapor…hahaha
Ada tempat parking di luar…… sepanjang tepi jalan tu leh la parking…… tapi kalu tka nak panas, leh parking kat bawah la.. tapi tak tau la macam mana rupanya. sbb tak pernah park kat situ..hik3
Eh.. jangna tak tahu, ada yang jalan kaki dari opis saya ke situ. adalah dalam 10 minit jer kot..eh.. lama yek 10 minit.. ok..kurang sikit.. dalam 5 minit la..hik3
Pintu masuk nya….. ok.. abaikan kak bertudung oren.. eh.. merah.. eh.. macam oren tu..sapa suh pandang semasa saya tengah snap gambar kan? haha
Ok.. pas masuk dan duduk.mesti la tengok menu kan?? Moh tengok menu di situ..
Rasa-rasa tak nampk… korang klik jerla gambar tu untuk pembesaran….hik3
Cis…. kaco tul pelayan tu…. nak ambik gambar terakhir tu…. leh dia nak rembat menu tu. sungguh kurang sopan…
Tak perla…. janjji nampak harga nya kan??hik3
Saya makan bertiga bersama kakak-kakak di pejabat saya…..
Ok….. nak tahu apa yang di makan di situ.. meh ler tengok lagi gambar..hik3
Memula dapat air putih dengan air oren…. eleh.. air oren tu macam kita bancuh sendiri jer…. dah la tak leh tambah lagi..hahaha…
Kemudian datang pula “Cream of Mushroom Soup” bersama roti kecil dan butter…
Set ni datang 2… satu yang dah include dalam menu, lagi satu pesanan tambahan..hik3
Ini adalah “Fried Glass Noodle” macam bihun, tapi jenis yang lutsinar punya…. hehehe…
Saya pun tak pernah rasa, sebab tuan punya pinggan tak kasi rasa… wakakaka… ok tipu.. saya tak ambik …sbb saya punya menu lagi hebat! hehehe
RM7.00
Ini adalah “Fried Banana Fritter” atau bahasa mudah.. goreng pisang bersama ESKEREM…hik3
Menu-menu di atas tu, adalah menu kakak-kakak saya… jadi.. meh tengok menu saya…
Masa saya datang, mereka ada promosi iaitu Menu Mix Grill Set… dan inilah menu2 yang saya dapat…hehehe
Mix Gril : Ayam, Daging, Kambing, kentang goreng, hot dog, telur dan juga sayuran
Sos nya sikit nau. tak cukup..hik3.
Ok……. licin sungguh tu. saya yang tak pernah-pernah makan KAMBING, boleh licin makan kambing tu…… sama ada sedap @ lapar @ takut membazir sebab dah bayar…… saya pun tak tahu..hik3
Kemudian dapat Aiskrim Strwberry….. nyum..nyum….. pencuci mulut kan…hik3
dan yang terakhir pula…… air panas.. boleh pilih sama ada kopi atau tea…
Tapi saya tak minum… kakak-kakak saya yang minum…..
Meh tengok jumlah menu tuk keseluruhan nya :
Tak ada TAX dan juga Service Charge……..kira murah la kan…..
Ini lah set yang saya makan seorang diri……….dah saya berjaya habiskan kesemuanya…… ok. memang berbaloi la kan.. sebab dapat 3 keping daging tu ..
Kira okla… kalu nak g makan jejauh susah…. sebab kekadang penuh dan tak cukup masa nak g makan kan. Kalu sekali sekala leh la.. tapi kalu hari-hari, jadi parah tu…hik3.
Jadi pada yang teringiiiiin nak g makan kat sini.. leh la terjah seperti di alamat berikut :
Restaurant Maritime Putrajaya Boat Club,Presint 5,Putrajaya
Jai klau rasa teringin nak cuba.. boleh la singgah di sini.
OK, ini memang murah. tak pernah cuba lagi makan banana dgn ice cream 0.O caner lah rasenye.. eh, sumi dah pindah drp KL ke PUtrajaya eh? Nape baru tahu ni.. huhu 😛
okla.. kira murah la kan..sbb x der TAX dn srvice charge..hehehee
Yela.. dah lama dah pindah.. dah setahun dh pun… masa bersaliln tu hari pis pindah ke putrajaya…
Fara, sumi try nak komen kat blog awak..tp x der pun butang komen.. ker plugin yg fara pakai x leh buka kat opis kot..huhuhu
errkk.. boleh je komen, hmm.. pelik nih. ade try kat nuffnangx tak? kot kat situ bleh ke.
sangat menarik… nyum2…
menarikla.. juga..sbb kat putrajaya ni susah nak cr kedai makan yg sedap2 dan murah..hehehe
so far kene cuba dan cuba semua tempat..hik3
terlalu banyak gambar jugak adalah boring. okbai!
melainkan gambar budak kecik..mana huzaiman…
pERGHH… dasat gak selera makan ko yea… tapi berbaloi untuk wang anda nie….
tqvm for the menu piccas dear….sgt helpful…
terima kasih yani,…..
selamat menjamu selera di Maritime yek……..