Majlis Konvokesyen Pelajar Pasti Siti Sarah

Ok..maafkan saya. citer dah lama..tp baru berkesempatna nak update…..hahahaha

041120112 hari Ahad yang lalu….. Anak kedua saya Muhammad Iskandar menghadiri Majlis Konveksyen Pelajar Siti Sarah di Dewan Auditorium Akedemi Percukaian Malaysia, Bangi

Sebenarnya Konvokesyen ni tuk pelajar umur 6 tahun…tapi di sebabkan Iskandar mendapat tempat pertama dalam kelas maka ibubapa di jemput hadir sekali untuk memeriahkan majlis tersebut…

Ramai ibubapa menunggu dengan sabar melihat persembahan pelajar, kemudian baru la acara penyampaian sijil dan hadiah untuk tahun 6

Selepas itu baru la penyampaian hadiah untuk pelajar 4 tahun dan 5 tahun mengikut kelas.

Iskandar dah bersedia di tepi pentas untuk naik…….. bersama rakan dan juga guru besar Pasti Siti Sarah.

Terharu ok bila nama anak di umumkan untuk mengambil hadiah dan piala kerana mendapat tempat pertama dalam peperiksaan..

Walaupun usianya baru 5 tahun…tak dapat digambarkan kegembiraan saya la..hik3

Kacak berbaju melayu…. hehehe..siap minta pakai sampin dan songkok tu tau…

Dapat piala dan juga hadiah berupa buku mewarna dan pensil warna…

Memang kegemaran Iskandar la tu…dia suka mewarna tau…dari hari tu nak pensil kaler yang besar macam abang nya…..

Nah sekarang dah ada..x perlu la dia minta lagi ngan saya untuk beli kan….hehehe

Semoga kejayaan ini akan berterusan sampai bila-bila…

Walaupun minat belajar dia memang terserlah…satu jerla sikap yang susah nak dikawal… dia suka menyakat adiknya………huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply to Mus Cancel reply