[REVIEW] PE3

Untung gak bila dapat layan Filem2 yang saya susah nak g tengok kat wayang  ni… maklum la.. bila dah ada anak ramai… gini la…sumer harapkan keluar kat Tv jer..

Baru -baru ni layan gak citer PE3 lakonan dari Farid Kamil dan Dianna Amir…. rasanya waktu ni watak dia sebelum bertudung…. citer lama la kan? Ialah… Farid Kamil pun sekarang dah kawen kottt…………hahaha

Sinposis :

Mengisahkan tentang kumpulan rompakan berprofil tinggi yang diketuai oleh Megat. Aktiviti rompakan yang dilakukan oleh kumpulan ini turut dibantu oleh orang kanan Megat iaitu Fumi, Siva, Chat dan Jerry. Kesemua mereka ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing.

Jerry seorang yang mahir dalam mengendalikan perisian komputer. Chat dan Siva pula merupakan anggota kumpulan yang patuh terhadap arahan ketua mereka. Dalam pada itu, Megat turut mempunyai seorang pembantu yang turut sama melancarkan setiap rompakan yang dirancang iaitu Fumi.

Kemasukkan Fumi dalam kumpulan ini bermula setelah beliau berkahwin dengan Lina, adik kandung Megat. Megat sentiasa menyusun dan merancang aktiviti rompakan yang memberi pulangan tinggi kepadanya. Antara aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Megat adalah seperti merompak kereta mewah, merompak bahan-bahan yang berkaitan dengan alatan komputer, wang tunai dan sebagainya.

Memiliki kumpulan yang cekap dan licik membuatkan mereka sentiasa terlepas dari pihak berkuasa. Dalam masa yang sama berbagai kejadian berlaku. Namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menjalankan rompakan yang dirancang. Namun begitu, rancangan rompakan yang ingin mereka lakukan akhirnya dapat dihidu oleh pihak berkuasa.

Adakah kumpulan ini dapat meloloskan diri atau sebaliknya?

Ini pula sinopsis saya….hahaha :

Kisah gangster tu ko……………. si adik tu tak tahu pun abang nya tu KETUA GANGSTER… abang nya dah tentu la si Farid Kamil…. dan adiknya dah tentu la Dianna Amir tu….

Ikutkan kata David Teo tu…ni citer gangster komedi… tapi x derla komedi sangat……… entah la… macam bosan dan entah apa-apa pun ada gak…………

Kononnya KETUA gangster sampai segala kerja nya tak dapat dikesan oleh pihak berkuasa ………eh..eh.. David Teo tu jadi pihak polis……..hahahaha

Dah la tu… suami adiknya la pula jadi ahlinya sekali…. sudahnya… KETUA GANGSTER pun lingkup… keranaa……… jeng..jeng..jeng.. g tengok sendiri la…. kalu citer tak suspen lak………hahaha

Mungkin ada beza menonton di rumah dengan di wayang kot….. wayang dengan sound sistem yang gempak..pastu ramai2 tengok leh la dengar suara yang macam-macam…dapat makan pop corn..minum air dan juga dengan air cond yang amat tinggi suhunya…hahaha

okla..dah melalut tul aku ni kan….tapi keseluruhan nya… emmm………. boleh la… tapi macam nak menggalakan anak muda jadi GANGSTER jer saya tengok… ialah..terlalu banyak gak citer ala-ala mafia ni.. nanti saya review pasal PAILANG lak yek……….hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

    • Sumijelly says:

      hahaha….. entah apa2 la cite rPE3 ni…..x best langsugn….. yg citer PAILANG tu lak.. aku tak kasi anak2 aku tgk.. BAHAYA,……….. nanti mengikut lak… filem mcm menghasut budak2 jadi jahat jer……..

    • Sumijelly says:

      ni keluar kat ASTRO FISRT jer…. hehehe

      Dah g yek Melaka tu…. emm.. kak sumi x g pun. sbb x der masa nak ke sana. sudahnya tiket tu tamat gitu jer… sayang kan??huhuh

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply