Rahsia Hati Seorang Ibu……

Lihatla anak-anak saya………. semakin membesar dengan sihat… si abang semakin bijak mengawal adik-adiknya yang semakin lasak tu…. Lega rasa hati kerana ada si abang yang sudi membantu saya menjaga adik-adiknya….

Ingat tak entry yang lepas mengenai Mum’s Secret Survey tu di MSN Parenting Malaysia? Ala….. pasal nak tahu rahsia hati seorang ibu jerla……. bukan nya apa pun…..hanya pendapat masing-masing jer kan….

Biasalah… selalu sebagai ibubapa, mesti ada yang suka memberi ‘pendapat kedua’ dimana campur tangan dari ibubapa, kawan-kawan, dan juga ibubapa yang lain selalu menjadikan tugas mendidik dan membesarkan anak-anak penuh dengan cabaran.

Hampir 76% ibu yang dalam diam mahukan anak mereka lebih bijak dari anak-anak buah mereka.

Wah….. nampaknya mereka pun berfikiran seperti saya…..hik3. Sumer pun mahukan anak mereka lebih bijak dari orang lain kan?

Seperti saya juga dalam diam-diam memang inginkan anak saya lebih berjaya ketika dia dewasa supaya dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya dalam kehidupan mereka.

Danial adalah anak sulung saya….saya sentiasa memberi kata semangat untuk anak saya supaya berjaya dalam pelajaran. Supaya menjadi teladan untuk adik-adiknya juga.

Begitu juga dengan anak-anak saya yang lain… bila mereka bijak dan berjaya… mesti lah saya sebagai ibu gembira melihat kejayaan mereka kan?

Baru-baru ni anak saya Iskandar berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di dalam kelas dan sayalah orang yang gembira kerana anak saya bijak dari anak-anak orang lain…  Saya berharap prestasi Iskandar akan kekal dimasa akan datang juga.

Jadi dalam secara tak langsung seramai 70% juga ibu yang dalam diam berfikir bahawa mereka tidak melakukan sebaik mungkin untuk anak mereka menjadi berjaya apabila mereka telah dewasa.

Sama pula macam yang saya fikirkan yek…. Bila lihat anak orang lain boleh buat yang anak kita tak boleh buat… mula la kita  akan fikir anak kita tak pandai la… tak bijak la… tapi sebenarnya kita sebagai ibubapa tak perlu la rasa macam tu…

Sepatutnya kita boleh jadikan ia perangsang untuk anak kita berjaya apabila mereka dewasa nanti.

Sebenarnya ibubapa sekalian…  Pemakanan anak yang betul adalah kunci kepada kejayaan / intelek mereka. Kenapa saya katakan begitu.

Memberi mereka permulaan yang menggalakkan dalam hidup ialah sebahagian daripada didikan yang paling penting juga .

Lihatla aksi Huzaiman ni…..semakin membesar semakin merisaukan saya. sebab semakin ingin mencuba dan menerokai benda-benda baru seperti memanjat kerusi, memanjat tangga… ishk..risau saya. Tapi tak mengapa.. saya galakkan dia melakukan sendiri tanpa bantuan tapi pemerhatian dari jauh sahaja…..

Untuk pengetahuan anda  bahawa glukosa  adalah merupakan sumber  tenaga yang utama untuk otak  kerana otak hanya  mampu menyimpan tenaga untuk jangkamasa 10 hingga 15 minit sahaja. Ini bermakna otak memerlukan sumber tenaga yang berterusan.

Gula biasa memberikan glukos yang tinggi selepas kita menggunakan tenaga dan mungkin akan mengakibatkan secara tiba-tiba paras glukos tu turun secaara mendadak akibat keletihan atau kepenatan selepas penggunaan tenaga itu.

Manakala Isomaltulosa ialah sejenis karbohidrat yang membekalkan glukosa secara perlahan. Pembebasan glukos yang lambat ini membekalkan tenaga stabil dan berterusan bagi otak – membolehkan otak untuk berfungsi pada peringkat optimum untuk tempoh yang lebih panjang.

Memang benar dan melalui hasil ujian klinikal bahawa pengambilan sesetengah makanan di awal tahun perkembangan memainkan peranan yang penting untuk perkembangan otak anak-anak.

Jadi berikan lah mereka pemakanan yang sihat dan seimbang untuk pembesaran anak-anak kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

  1. pjaz says:

    semoga anak akak terus berjaya =) Amin..

    slm..nak minta tlg sikit blh? jom support pjaz dlm contest anjuran denaihati..hanya klik G+ di bwh entri contest, TQ so much ^^http://www.cikpjaz.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html

Leave a Reply