Bakal ditaja RM300K dan mengadakan 4 majlis pelbagai gaya – Apek & Leuniey

Petikan dari Utusan :

Selepas dirundung dengan pelbagai kontroversi, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek akan menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihannya yang juga seorang model, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan Leuniey pada Disember ini.

Perkara tersebut disahkan oleh bapanya, Che Mat Hussain yang pada masa kini sedang sibuk membuat persediaan perkahwinan tersebut termasuk urusan di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Che Mat yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis tersebut sama ada 28 Disember atau Januari ini.

?Saya dan keluarga berharap dengan perkahwinan itu akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak keempat ini.

?Perkara ini telah ditentukan oleh mereka berdua (Khairul Fahmi dan Leuniey), saya kini sedang berbincang dengan keluarga dan sebelah perempuan untuk memastikan majlis ini berjalan lancar,” katanya.

 

Petikan dari Berita Harian :

Selepas jaguh badminton negara Lee Chong Wei, seorang lagi ikon sukan negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apek yang mengumumkan untuk melangsungkan perkahwinan turut mendapat perhatian penajaan yang bernilai hampir RM300,000.

Sehingga ke hari ini, penjaga gawang Harimau Malaya itu yang sibuk dalam persediaan kempen Piala Suzuki AFF mendapat tajaan pelbagai pihak dengan Astro Ria bakal menjadi penyiar rasmi kesemua majlis perkahwinan Apek, 23, bersama Nur Eilunie Natasha Nazri, 21.

Pemain kelahiran Kelantan itu memilih Leuniey, model iklan dan pengusaha butik pengantin dari Kelantan, turut menerima tajaan daripada Era FM, THR Gegar, murai.com.my, LH Media TV, Ari Wedding Couture, Butik N Touch Trade and Wedding Gallery, The Photolicious dan Jakel.

“Persiapan kini berjalan lancar dengan keluarga saya dan juga pihak Leuniey menguruskan kesemuanya memandangkan Leuniey juga berpengalaman kerana mempunyai butik pengantin sendiri (Butik N Touch Trade and Wedding Gallery). Saya kini sibuk dengan jadual kempen Piala Suzuki AFF,” kata Apek.

 

Petikan dari Harian Metro :

Perkahwinan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan pasangannya, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, bakal berlangsung penuh gemilang dalam empat majlis dengan tema berbeza, bermula 28 Disember ini dan terakhir pada 13 Januari tahun depan.

Perkara itu diumumkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek pada sidang media di sini, semalam dan beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya menerima tajaan bernilai lebih RM300,000 untuk majlis perkahwinan yang dirancang.

Apek berkata, majlis pertama ialah upacara akad nikah yang akan diadakan pada 28 Disember iaitu selepas berakhirnya Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.

Menurutnya, majlis akad nikah itu bakal berlangsung di rumah Nur Eilunie Natasha atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan sebelum disusuli majlis resepsi di pihak pengantin perempuan pada 30 Disember di Hotel Renaissance, Kota Bharu, bertemakan Melayu Kontemporari.

 “Majlis resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 5 Januari di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dengan tema Ala Kampung dan satu lagi majlis resepsi akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Januari di Hotel The Royale Bintang, Damansara bertemakan Gaya Inggeris,” kata Apek.

Petikan dari Sumijelly.com pula :

Semoga ikatan perkahwinan yang ingin di bina akan berkekalan ke akhir hayat.. tinggkatkan prestasi sebagai pemain bola….. dan kurang kan kontroversi selepas berkahwin……hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply