Melawat Rumah Terbalik di Tuaran, Sabah

Ok….sambung lagi wei……. banyak lagi nak citer pasal Trip ke Sabah hari tu… maklumla nak bercerita tu payah wei.. nak kene ingat balik.. nak kene fikir balik….hahaha

Hari ke 2 – Petang

Selepas sumer makan tengahari di Restoran Gayang tu……. kemudian kami bertolak ke Rumah Terbalik di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar kota kinabalu

Macam biasa…. acara berposing mesti wajib di lakukan di mana-mana jua anda berada…….ahahahaa

Tengok la… bermacam-macam gaya tu……hahaha….

Eh….. mana leh jadi… saya pun nak gak bergambar kan??

See……. siap peluk sekali signboard tu yek….. takut nau ilang…….hahaha

Jadi sebelum masuk kene beli tiket dulu….. kalu tidak tak leh masuk. Apa hengat percuma ker masuk…. kene bayar la…hehehe

  •  Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.
  •  Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.

Ramai tau yang beratur…… kebetulan masa kami sampai ada juga beberapa pelawat lain pun turut serta……. jadi nak tak nak kene la beratur kan…..

Lagi pun mereka bukan kasi masuk semua…. hanya 8 orang sahaja dibenarkan memasuki Rumah Terbalik tu sambil ditemani 1 orang penyambut tetamu… erkk… penyambut tetamu ker?? ah.bantai la….hahaha

Sila lihat jejaka di atas… sila pilih sendiri mana yang berkenan……. tapi jangan salah pilih..sebab ada antara mereka sudah beristeri.. tapi boleh isi lagi 3 kekosongan juga…..hahaha

Jadi sebelum masuk ke rumah tu… kita posing di luarnya dahulu yek…

Eh…… mana boleh gambar mereka jer kan?? Gambar saya mesti la selit sekali…hik3

Sebenarnya bila masuk ke dalam TIDAK DIBENARKAN MENGAMBIL GAMBAR….. jadi segala HP, camera sumer tak leh kuarkan yek……

Sebab staf mereka akan mengekori anda kemana jua anda pergi… tu pasal mereka hadkan 8 orang sahaja.. suapaya mudah mengawal pelawat……

Tapi kat FB Rumah Terbalik ada lah rupanya.. walau pun tak sepenuhnya.. lebih kurang gini la… sumer barang dalam rumah terbalik….

Umpama korang berdiri atas cermin la.. gerun tak??hik

Ni serba sedikit info mengenai Rumah Terbalik :

  •  Berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.
  •  Menelan belanja setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.
  • Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.

Jadi tak dapat ambik gambar di dalam .. saya ambik gambar di luar sahaja la…….

Ni bersama dengan Penceramah yang di bawa khas dari KL ok… bapa Aina Tasneem…hik3

Sambil berceramah pun sempat lagi promote suh undi anaknya lagu hari tu…hik3

Jadi pada sesiapa yang akan ke Sabah. tempat wajib pergi adalah Rumah Terbalik……

Alamatnya :

Kg. Telibong,
Batu 21, Jalan Telibong Tamparuli,
89208 Tuaran Sabah,
Malaysia
Tel : +088-260263

Website :  http://www.upsidedownhouse.com.my

FB : https://www.facebook.com/pages/Rumah-Terbalik-The-Upside-Down-House-in-Borneo/129133930503931

Waktu melawat : 8 pagi – 10 malam

Akirnya sampai juga saya ke sini… cuma nak bagi tau la.. tak derla menarik sangat pun dalam nya.. macam masuk rumah jer.. bezanya sumer terbalik….hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply to hazman aka species1980 Cancel reply