Samsung Ecobubble yang sungguh menjimatkan!

Setiap rumah mesti memiliki mesin basuh kan? cuma membezakan setiap rumah dengan mesin basuh adalah kapisiti sebuah mesin basuh serta fungsi-fungsi yang terdapat pada mesin basuh…..

Kalu x membasuh setiap hari memang membukit la kain baju wei……. dan yang paling seksa bila hujan setiap hari… pergh…… seksa tau. nak pula sidai pagi.. balik kerja pakaian masih lembab gara2 hujan waktu petang…

Kini dengan Samung Ecobubble Inverter yang mampu menanpung 12kg basuhan ini mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu suri rumah untuk berjimat dari segi masa dan tenaga.

Jimat sehingga 70% tau…dan yang pasti pakaian saya mudah di uruskan dengan satu butang sahaja.

 

Ok… meh lihat video dari saya :

Wah…. tersangkut-sangkut la suara saya… Bila nak bercerita dalam bentuk vlog ni akan rasa berbeza….Ok tak mau citer banyak la kan… meh saya ceita serba sedikit mengenai Samsung Ecobubble ni…..kalu bertulis senang sikit nak paham kan?hehehe

 

Bagaimana Ecobubble itu berfungsi?

 

Dengan teknologi Eco Bubble dari Samsung kerja membasuh basuh menjadi lebih dan jimat tenaga. Dimana Eco Bubble akan menghasilkan buih dengan melarutkan sabun pecuci dengan udara dan air sebelum bermulanya basuhan pusingan. Sabun pencuci yang telah terlarut dengan sempurna dapat menembusi dengan cepat dan pantas ke dalam fabrik serta membasuh sehingga bersih tanpa meninggalkan kesan atau saki baki sabun pencucipada pakaian.

 

Kapasiti Lebih Besar, Kurang Kerja-kerja Rutin, Lebih Banyak Masa untuk diri anda!

Bila lihat mesin basuh yang lama mesti rasa macam serik nak membasuh kan… ialah.. sebab kene basuh 2-3 kali basuhan baru selesai membasuh. Tapi kini dengan keupayaan Samsung yang boleh menampung beban sehingga 12kg, boleh membasuh kesemua pakaian dengan sekali basuhan jadi.. dapatla jimakan masa dan tenaga membasuh!

Ialah…….sekali basuh leh muat sehingga 12kg….jadi secara tidak langsung ia menjimatkan masa saya dan boleh la buat kerja lain dari hanya membasuh  dan menyidai baju yang banyak tu.

 

Kerja-kerja mencuci lebih senyap dan anti gegar.

 

Sebab utama mesin basuh bising adalah kerana muatan basuhan yang tidak seimbang. Tetapi dengan Samsung VTR Plus pensgesan bunyi akan memastikan tong mencuci menjadi seimbang walaupun pengering sedang berputar dengan lajunya bersama muatan yang banyak.. …jadi amat sukar untuk mengetahui sama ada mesin basuh itu sedang berputar atau tidak.

Kalu mesin basuh saya yang lama……. pergh……satu rumah boleh dengar gegarnya walaupun mesin basuh saya terletak dibelakang rumah…. Jadi dengan pengurangan bunyi dan gegaran, boleh la mencuci pakaian pada bila-bila masa dan tak kira masa kan?

 

Tahan lebih lama

Digital Inverter Motor tanpa berus tidak menyebabkan geseran antara enjin dan berus,secara langsung dapat menghindari pembaziran tenaga dan menjadikan enjin menjadi cekap. Tanpa geseran yang tetap, kurang penggunaan motor dan mejadikan mesin basuh ini bertahan 10 tahun lebih lama.

Tanpa geseran malar, enjin mengurangkan pakaian dan 10 tahun juga membenarkan mesin basuh tahan lebih lama. Tambahan pula, enjin inovatif ini mengurangkan paras bising ketika membasuh.

 

Paparan LCD yang mudah dikendalikan

Dengan paparan LCD yang berwarna menjadikan basuhan menjadi lebih mudah dilihat terutama diwaktu malam. Ialah……..jika waktu bekerja, saya mempunyai masa membasuh pada waktu malam sahaja. Jadi memudahkan saya untuk melihat paparan LCD ini.

Bila saya meletakkan basuhan kedalam mesin basuh… secara automatik mesin basuh akan menganalisis kitaran basuhan secara optimum untuk cucian. ohw… sungguh senang dan menyeronokkan kerja mencuci pakaian.

 

Lubang-lubang yang kecil untuk penjagaan pakaian dengan lebih baik!

 

Disini saya sertakan video :

Bentuk bergaris arus baru Diamond Drum membantu pakaian saya dibasuh dengan lembut dengan mengikut garis tong yang bercorak unik itu.

Lubang-lubang kecil yang keluar juga menghalang fabrik dari terjulur dan boleh megakibatkan rosak. Sekarang baru saya tahu pakaian saya dicuci dengan penuh jagaan dan terpelihara bila mengunaakan diamond drum ini.

 

Eco Drum Clean

Kegunaan Eco DrumClean ini adalah untuk membersihkan  mesin basuh ini setelah menggunakan lebih 40 kali basuhan. Seperti yang kita tahu… bila pakaian yang dicuci… saki baki, kotoran dan juga bakteria pada pakaian akan tertinggal di dalam mesin basuh. Ini lah kegunaan Eco Drum Clean.

Ia membersihkan mesin basuh ini dengan menggunakan air sahaja yang bersuhu 70’C, 2 kali bilasan dan 400  kuasa perahan

Bila Eco Drum Clean ini digunakan…….. mesin basuh akan menjadi seolah2 mesin basuh baru di mana semua bakteria dan juga sisa-sisa serbuk pencuci akan ilang. Wah…… kan bagus.. tak perlu susah2 nak cuci mecin basuh lagi..dan tak perlu susah2 nak g letak bahan2 pencuci lagi sebab sudah ada fungsi khas yang direka khas oleh samsung.

Bertuah sungguh jika saya dapat memiliki mesin basuh Samsung Ecobubble ni. Walaupun hanya diberikan pelang menggunakan nya selama sebulan saya sungguh berpuas hati dengan hasil cucian bila menggunakan mesin basuh ini.

Sebelum saya akhiri entry ini… di sini saya sertakan video dari saya sebagai penutup entry ini.

Terima kasih samsung! Saya pasti akan rindukan basuhan dari Samsung Ecobubble ini….hehehe

Notakaki : Saya mohon maaf di atas segala tutur bicara yang agak kelam kabut bila melakukan vlog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

  1. mommynadia says:

    Good job Sumi!!
    Stress betul kan nak siapkan video ni, kelam kabut sb buat last min…
    hahhaa…apapun kan best kalau dapat mesin basuh ni kan..bahagia hidop! =)

Leave a Reply to mommynadia Cancel reply