Akasia : Cinta Itu Milikku

Ok.sekarang mengila pula pasal AKASIA TV3 setiap hari Isnin-Khamis pukul 7 malam ni…… alahai… makin menyampah pula dengana si Dini tu….. hahahaha

Menjadi tul gedik si Ana Dahlia nia… alahai….. jadi emosi lak bila saya tonton citer ni…hahahaha

Sinopsis Drama :

Drama ‘Cinta itu Milikku’ mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua daripada 3 orang adik beradik bercinta dengan Zafril (Fazreen Rafi). Namun begitu, bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak berpuas hati dengan hubungan Zafril bersama Rania kerana Dini beranggapan bahawa Rania telah merampas cintanya.

Setelah Rania dan Zafril selamat diijab kabulkan, Dini menjadi semakin marah dan mula menyimpan perasaan dendam. Dini sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat membuat Zafril kembali ke pangkuannya.

Dini mendapat tahu Rania mempunyai seorang abang bernama Ridzuan (Karl Shafek). Dini memulakan permainannya dengan menggunakan Ridzuan sebagai senjata untuk mendekati keluarga Rania. Sikap Ridzuan yang sememangnya pantang melihat perempuan cantik dan seksi telah memudahkan rancangan Dini untuk mendampinginya.

Setelah berjaya menakluk hati Ridzuan akhirnya Dini berkahwin dengan Rizduan. Zafril yang terkejut mendapat tahu bekas tunangnya itu berkahwin dengan abang iparnya, dapat merasakan Dini mempunyai niat tidak baik.

Namun dia terpaksa berdiam diri kerana beranggapan itu adalah urusan keluarga isterinya.

Begitu juga dengan Rania, dia dapat merasakan kehadiran Dini tidak ikhlas mendampingi abangnya dan mula perhatikan gelagat Dini.

Dini bukan sahaja berjaya memperdaya Ridzuan malah semua ahli keluarga Rania tertipu dengan sikap lemah lembut Dini. Apabila Zafril keseorangan, Dini akan mendekati Zafril dan mengingatkan segala kenangan indah mereka semasa bertunang.

Rania yang perasan akan kelakuan Dini itu berasa kurang selesa.Ketika Rania sedang sarat mengandung, dia dikejutkan dengan khabar yang sangat tidak diduga. Suami yang dicintai telah terkorban dalam nahas kereta semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Kematian Zafril bukan sahaja meruntun hati Rania malah Dini juga terasa kehilangan Zafril dan sesungguhnya hati Dini hancur luluh. Setelah lama kehilangan orang tersayang, Rania berkahwin dengn Doktor Shafiq (Erry Putra) yang juga doktor peribadi keluarganya.

Biarpun telah berkahwin, namun di dalam hati Rania masih bertakhta nama Zafril. Pada suatu hari, Rania telah mendapat sepucuk surat dan sehelai sapu tangan miliknya pemberian Zafril kepadanya.

Sapu tangan itu telah dibawa oleh Zafril ketika dia bekerja di luar negara sebelum terbabit di dalam nahas kapal terbang. Rania terkejut dan yakin bahawa Zafril masih hidup.

Ternyata sangkaan Rania benar apabila mendapat tahu Zafril masih hidup. Rania yang amat rindukan Zafril, ingin bersamanya tetapi hasrat itu pasti tidak akan menjadi kenyataan kerana Rania telah menjadi isteri kepada Doktor Syafiq.

Apa yang akan terjadi seterusnya?

Adakah Doktor Syafiq sanggup melepaskan Rania dan membiarkan isterinya bersama Zafril?

Apakah punca yang mengakibatkan Zafril sehingga dianggap sudah meninggal dunia?

Adakah kehilangan Zafril mempunyai kaitan dengan Dini atau dengan seseorang yang tidak disangka?

**Nota kaki : Alahai…… lama tul nak tahu ending nya……..hahahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

  1. fara says:

    Same lah, dah addicted nengok cite ni plak. MMg menyampah tahap dewataraya tgk Dini.. Eeeee.. rase nak cili je mulut dia haha. Ending? Rase macam lambat je. Nak tgu adam hawa pun same gak lambat.. alahai.

Leave a Reply to fara Cancel reply