[FILEM] Adik Manja Retuns

Ok…. pernah dengar drama Adik Manja tak??

ala, pelakon nya Noor Kumalasari ngan Dharma Harun tu…… saya suka tau tengok citer tu….. citer tahun 1979 tu.masa tu saya belum dilahirkan lagi……

Kini setelah 32 tahun berlalu…………

Dharma Harun kembali memfilemkan Adik Manja Retuns pula… dengan pelakon baru la…. Saya mati2 ingatkan dengan pelakon lama, tapi mungkin di olah cerita sedikit kan…

Sinopsis Filem :

Mengisahkan kenakalan para pelajar perempuan di Kolej Professional Skill hingga menyebabkan Pengetua Sofia terpaksa mengambil khidmat bekas pensyarah lelaki kolej tersebut iaitu Cikgu Azmi.Banyak cabaran yang terpaksa Cikgu Azmi hadapi bagi memulihkan para pelajar di situ terutama sekali dua kumpulan pelajar yang sering mendatangkan masalah disiplin iaitu kumpulan Bib dan kumpulan Su.

Filem ini juga memaparkan gaya hidup remaja kini yang gemarkan tarian Shuffle dan Hip-Hop.Saksikan bagaimana Cikgu Azmi menggunakan formulanya bagi memulihkan dan mendamaikan dua kumpulan pelajar perempuan berkenaan nanti.

Komen dari saya yang dah menonton :

Ishk..ishk.. memang sangat tak berbaloi sungguh kalu tengok kat WAYANG ok……cerita yang meloyakan tekak saya la……

Dulu Dharma Harun tu hensem, kacak, kurus….. dah 32 tahun berlalu tu…agak2 la kalu nak muncul dalam filem sendiri kan…….

Rasanya scene dia tukar baju kat bilik dengna tuala mandi tu. tak ada pun tak per…… pastu part kentut-kentut tu.. eeee… yark……. Dah la berusia, konpem2 la kulit nya berkedut2. leh pula fokus kat kakinya……adooooooiii la. terus terpadam wajah dia masa muda-muda dulu….hahaha

Ada RCW tu pun macam jadi hiasan jer dalam filem ni.. nak melakukan jer kot…. sbb wataknya langsung tidak meninggalkan kesan pada penonton…. yang tinggalkan kesan, tengok bentuk badan dia jerla.. melentikkkkkkkkkkk………….muahahaa

Citer ni macam x ada motif nak buat filem la….. klau didramakan pun bagus jer…. wat rugi pengarah jer g shoot……..tapi menampilkan perlbagai bangsa tu memang bagus… sambil2 tu… nampak la sikit kasih sayang kengkawan kan…..

Di mana susah senang pun kawan, mereka tetap tolong dengna pelbagai cara. Jadi ada juga pengajaran dalam cerita ni…..

Jadi pada yang nak beli DVD atau download tu… emmm…. better download jerla… beli DVD tu tak yah la… membazit jer…..hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

  1. Juan says:

    cerita cerita dulu memang best dan kelakar, tp bila dibuat remake xtau lah best ker x, lagi satu kena ajak kengkawan beli original dan bukannya ajak download, nanti kena tindakkan nanti, heheh

    • Sumijelly says:

      yer…yer..citer dulu best… bila di wat come back.. x best mcm dulu

      hahaha……ohw ye ker..jemput beli yg original…ni gi ajak download lak yek… ok..silap..patut ckp gini.. jgn lupa beli aja di astro first yg sedang ke udara skrg…hik3

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply