Waktu sekolah pagi mula terlalu awal?

Hari tu baca paper Harian Metro, terbaca pula bahagian ruangan bersama pembaca. Ada lah seorang pembaca dari Johor menulis… dia menulis jer, bukan merungut tau… (tu dia yang tulis la)

Mengikut apa yang di tulis dia memberitahu ;

  1. Dia terasa beban atas sesi pembelajaran sekolah yang bermula seawal 7.15pagi kerana dia perlu bangun seawal 5 pagi dan bertolak jam 6 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan membolehkan anaknya sampai ke sekolah tepat pada waktunya.
  2. Tambahan lagi, anaknya selalu tidak berkesempatan bersarapan pagi dirumah atau pun di kedai (tak pastu sama ada dia atau dia tujukan pada org lain.. sbb dia tulis macam tu kan…)
  3. Dia tidak dapat menghantar anaknya di sekolah berhampiran rumah kerana tiada siapa yang dapat menjemput dan menjaga anak nya di rumah. (ini bermakna dia hantar anak dia luar dari kawasan rumah la kot…) dan menyatakan masalah ini tidak akan berlaku jika dia tidak bekerja.
  4. Kehidupan harian nya menjadi sangat kelam kabut kerana terpaksa bangun seawal 5 pagi setiap hari dan jadi memenatkan.

Penyelesaian yang di inginkan adalah :

  1. Jadi dia mencadangkan supaya merombak semula sesi pembelajaran menjadi 1 sesi sahaja dan bermula dari jam 8 pagi kerana pelajar Universiti pun mula jam 8 pagi

********************************

Ok…….. bila saya baca pun jadi macam erkkkkkkkk?? ni apa la punya penulis. Ada ke komplen pasal sesi pembelajaran sekolah. bukan dari dulu ke sekolah masuk pukul 7.15pagi……….

Jadi ini saya punya pendapat la….. eh.. pendapat sendiri ok.. :

Memula masa Danial sekolah untuk kali pertama memang saya cakap….. apa la buat waktu belajar lebih kurang nak g kerja juga….. dengan jem, sesak. Dah la tu pagi sekolah Agama, pastu sambung sekolah Kebangsaan lagi…. memang sangat kelam kabut la saya. Awal seminggu bas sekolah pun masih belum dapat scheduled waktu ambik dan hantar pelajar. Ada sekali tu Danial pulang dekat jam 8 malam ok! Padahal umah dengan sekolah nya tak jauh.. dalam 15 minit patut dah sampai.

Terus saya dan my IR tukar plan lain untuk uruskan jadual perjalanan ke sekolah Danial. Dan akhirnya ambik keputusan dengan menghantar dan menjemput dari sekolah lagi selamat dan puas hati dari mengharapkan pemandu bas yang tak tentu dapat mengawal semua pelajar kan?

Dan alhamdulilah, saya dapatkan sekolah Agama yang menyediakan transit untuk hantar dan jemput Danial ke sekolah. Jadi Danial akan makan dahulu di Seklah Agama sebelum ke Sekolah Kebangsaan dan saya hanya jemput Danial di sekolah Agama nya yang dah tentu-tentu anak kita berada di tempat yang selamat. Jadi kalu lewat balik pun tak per, sebab Ustazah tersebut tinggal di situ. Maklum la dahulu saya kerja di KL jadi keluar rumah dalam pukul 6.15 pagi dan kene sampai pejabat sebelum pukul 8 pagi.

Bab bangun tidur memula memang terasa, sebab sebelum ada anak sekolah saya masih boleh bangun tidur dalam pukul 6 pagi, kini setelah ada anak yang bersekolah, saya kene bangun seawal 5 pagi atau 5.30 pagi. Jika bulan puasa lagi awal la, dalam pukul 4 pagi untuk persediaan makanan dan barang-barang anak ke sekolah dan taska. Memula terasa… memang terasa, tetapi lama-lama dah biasa sebab memang macam tu la kita akan hadapi sehingga la habis anak-anak bersekolah. Jadi kira la sekarang Huzaiman baru 1 tahun 6 bulan jadi perjalanan saya masih jauhhhhh lagi.

Saya akan pastikan anak-anak saya minum milo dan makan roti walaupun sekeping sebelum pergi sekolah. Dan nak tahu pukul berapa anak2 saya makan? Paling awal pukul 6 pagi yek.. jadi, dalam masa menunggu waktu rehat anak saya tidak akan berasa lapar dengan cepat.

Jadi bab sarapan tu, saya rasa, Pn Alin boleh juga bekalkan anak2 makanan dan air kotak untuk anak2 nya bersarapan di dalam kereta semasa menuju ke sekolah kan? Saya rasa tak ada masalah kot bab bersarapan. Kenapa perlu bersarapan di luar jika dapat menyediakan di rumah?

Jadi penyelesaiannya……….. :

RANCANG WAKTU anda…….. kerana andalah penentu segala rancangan anak. Jika anda lambat, maka akan lambat la semuanya……

Sekian sahaja luahan dari saya……

Jadi apa pula pendapat korang? jom kongsikan bersama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

  1. yatie says:

    anak akak sekolah kat 7.45 pagi.. tapi sbb sekolah jauh pukul 7 dah kuar rumah. breakfast dalam kereta je. lagipun kat sekolah ada sedia breakfast. rasanye takde masalah. sbb mmg macam tu caranye
    pastu kalau start lambat habis pun m,esti lambat kan? yang bagusnye sekolah buat kafa terus kat situ senang budak tak payah transit. yang tu kementerian kena amik tau

  2. Cik Norfa says:

    ala apa la salahnya bangun awal2 tu. dah namanya tanggungjawab. Itu kita ni naik kereta, bayangkan hidup org susah tu. anaknya kena jalan kaki, orang duk hulu tu, ada yang naik sampan nak gi sekolah, tak tanya pukul brp dorang kena bangun pergi sekolah dan brp jam plak nak smp sekolah.

    Ni semua org yg pentingkan diri. bangun pagi2 tu kan dapat disiplinkan diri sendiri dan anak2. dapat jugak didik anak2 bangun pagi solat subuh. fikir positif la.

    Orang yg takde anak pun kdg2 bangun lagi awal dr macik tulis surat ni. sebab apa, nak cari rezeki. isssk2…belajar2 la jadi org yg bersyukur. Jadi orang tu kalau tak reti bersyukur, kelak merugikan diri.

    sekian dari saya yang takde anak sekolah lagi tapi bangun awal jugak sebab opis jauh!!! huwaaaa……

  3. elly-daily.blogspot.com says:

    I guess I have to agree with the writer. Sebab saya pernah tengok school children di UK starts school at 8.30 sempat bfast with family (kalau kita bangun for subuh laagi banyak masa untuk prepare bfast for family). And parents yang hantar anak-anak ke sekolah tak de la kena ‘sambung’ tido di parking lot macam most parents buat sekarang. Just my two cents. Peace! 🙂

  4. Diaz Jülian says:

    Bukan mau komen macam2, tapi menurut saya orang yang nulis di Koran itu over banget. Sebab di Indonesia pun sekolah masuk pukul 6:30. Jadi hampir setiap hari saya bangun pukul 4:30(Waktu mendekati subuh) dan pukul 06:00(matahari mulai terbit) saya pun berangkat sekolah. Memang kalau di Malaysia itu waktunya menggunakan GMT+8 jadi jam 6 di KL pun masih gelap gulita tidak seperti di Jakarta yang pakai GMT+7 jam 6 pun matahari terbit. Mungkin terkesan kalo di KL bangun jam 5 itu kepagian dan masuk sekolah jam 7:15 itu terlalu pagi sebab matahari baru saja terbit.Seharusnya kan Malaysia itu berada di zona waktu GMT+7 tapi malah pakai GMT+8. Coba deh balik lagi pake GMT+7 pasti seandainya masuk jam 7 pun sudah terang. Apa awak faham? Apa yang saya maksud.

  5. Allysa says:

    Kesian kakak ni. Dah bertahun kpm tak buat perubahan pun. Sy setuju dgn penulis ni. Pljr masuk sekolah 7.15 mmg tak patut. Dlm keadaan gelap dan membahayakan terutama yg bjalan kaki ke sekolah. Harap kpm ambil perhatian.

  6. rohana says:

    saya tk stuju skolah mula trlalu awal, ank2 tk cukup rehat, kna bgun awal, lpas tu gap antara skolah pagi dn petg sgt la pendek, dh mcm wktu rehat office hour org bkerja, blik skolah dh petg, mlm smbung lagi buat krja skolah, aiii stress budk2 blajar zmn skrg, saya lgi suka tgk pmbelajaran sbelah pntai timur hnya satu sesi shj, petg ank2 dh bleh brehat dn brmain, bukan ke waktu knak2 ank2 lebih kpd untuk brmain knp nk bebankan mrk dgn brbgai2 matapelajaran hakikat hnya bbrpa shj yg boleh diserap di dlm otak mereka, sgt tdk stuju dgn wktu prskolhan yg padat jgn jdikan ibu bapa sbg alasan bkrja dn ank2 mjdi mgsa

Leave a Reply