Kemelut kisah cinta Shila amzah dan Shaarnaz

Kuala Lumpur: Mungkin kerana tekanan perasaan berhubung kontroversi berlaku di antara ND Lala, 52 dan pelakon, Sharnaaz Basir Ahmad, 28, penyanyi terkenal, Shila Amzah, 24, difahamkan menyembunyikan diri di suatu tempat yang tidak diketahui berikutan ingin mencari ketenangan.

Shila menerusi akaun Twitter miliknya semalam, meluahkan perasaan tidak mahu terlalu dikongkong keluarga dan mahukan peluang membuat keputusan sendiri.

Kenyataan itu dipaparkan di Twitter selepas penyanyi itu dilihat tertekan dengan kontroversi menimpa bapa serta kekasihnya yang disifatkan sebagai biadap sehinggakan ia memberi kesan negatif kepada keluarga Sharnaaz.

Menerusi paparan itu, Shila berkata, biarpun keluarga menjadi keutamaan, namun pada masa sama, dia berharap diberikan peluang membuat keputusan membabitkan kehidupannya.

“Ya, keluarga didahulukan, tetapi pada masa sama, saya ingin peluang membuat keputusan sendiri juga. Saya tidak mahu terlalu dikongkong lagi. Biarlah saya menjadi diri sendiri,” katanya dalam Twitter itu

 *****************************************************

Harap-harap kemelut yang melanda Shila Amzah dengan ND Lala dan Shaanaz akan selesai secepat mungkin. Semoga ada jodoh antara mereka dan juga semoga membuat pilihan yang bijak……..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Leave a Reply