Al-Fathihah……………..
Tak sangka… saya tak sangka sungguh…….. semalam baru sahaja ulangtahun kelahiran nya……. tapi hari ini.. hari pemergian nya……..
Jejai,
Masih teringat lagi gelak tawamu…… masih ingat lagi kata-kata sakat mu,….
Sungguh terasa di hati ini…..
Walaupun usia kita sungguh berbeza, tapi dikau tidak membeza-bezakan nya…
Jejai,
Damaila kau disana dengan tenang…
Tinggalkan kami di sini bersama kenangan yang kau cipta
Kenangan yang tak akan kulupakan sampai bila-bila
Jejai,
terima kasih kerana sudi menjadi sahabat,
walaupun sekejap sahaja dipinjamkan,
ko tetap sahabat yang paling disenangi,
Jejai,
kumohon maaf dari ujung rambut ke hujung kaki,
andai ada terkasar bahasa, terguris perasaanmu dengan kata2 gurau ku
Ku harap ko maafkan daku di sini,
Jejai,
Pergi la…pergila dikau bersama kenangan yang indah,
Pergi mengadap ilahi,
Pergi untuk selama-lamanya..
Terima kasih atas segalanya kawan….
Terima kasih atas kenangan itu kawan….
Terima kasih segalanya…….
Innalilalhi wa innalillahi roji’un
Dari Sahabatmu,
12.02.2013 -20:40-
al-fatihah untuk jejai. 🙂
Al fathihah