Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Kalu dah tajuk pun CONTEST……….. maka karangan di bawah ini adalah untuk peraduan la kan……….

Terima kasih pada Asyrof kerana sudi singgah kat blog Sumi, dan secara tak langsung terbaca entry terbarunya tu yang join peraduan ni…

Sebenarnya saya pakai spek mata ni sejak berusia 9-10 tahun rasanya kot……… ketebalan spek mata saya ni sehingga kini memang agak tinggi………udah la rabun jauh……silaunya lagila usah di cakap……hik3

Pernah mencuba memakai KANTA LEKAP, tapi di sebabkan penjagaan nya agak susah dan memerlukan  pembelian bahan-bahan cucian setiap bulan menyebabkan saya kekal menggunakan spek mata sahaja.

 

Apa jenama bingkai kaca mata sekarang?

– Jenama bingkai kali ini saya beli yang kurang popular, iaitu O’YES sebab harganya murah kerana kes kecemasan yang memerlukan penggunaan cermin mata dengan kadar segera gara2 patah…huhuhuh
Anda beli kaca mata tersebut dimana? Apa nama kedai??

– Saya beli kaca mata tersebut di Tesco tapi dah lupa kat area mana pula… Kedai tersebut dah tentula di Focus Point.

 

Kanta kaca mata jenis apa yang dipakai sekarang?

– Kanta jenis yang biasa saya akan cari jika ditukar semestinya petak… sebab saya rasa ia sesuai dengan bentuk wajah saya….
Pengalaman manis atau pahit sepanjang berkaca mata?

– Pengalaman?? huhuhu………..x usah cakap la…. selalunya pengalaman PAHIT jer yang selalu dapat. Cermin mata saya pernah pecah gara2 dipijak jiran ketika sekolah rendah lagi, kemudian ketika mandi terjatuh di bilik air dan retak.

Ingat lepas kahwin masalah cermin mata akan selesai,tapi tidak…. mak saya pernah terpijak  cermin mata saya yang ketika itu saya letakkan bawah bantal di lantai….huuhuhu… memang seksa bila tak nampak…..

Kemudian anak saya pula patahkan bingkai spekmata saya bukan sekali malah 2 kali ok!huhuhu… pasrah jerla… sejak dari itu, saya kini berjaga2 dan meletakkan spek mata saya dalam bekas cermin mata supaya tidak berlaku lagi kes patah dan cermin retak…huhuhuh

 

Harga kaca mata tersebut?

– Harga kaca mata kalu ikutkan mahal la… adalah dalam RM400- RM500 kerana kanta cermin mata saya tinggi dan memerlukan 2 minggu untuk siap. Tapi jika saya beli bingkai pun masih lagi antara RM100 – RM200 juga kerana susah nak padankan kanta lama ke bingkia baru….

 

Anda menyesal beli kaca mata tersebut?? Kenapa??

– Menyesal?? oh tidak sama sekali……..rasanya saya selesa kot berkaca mata. Jika berkanta lekap masalah lain pula timbul. Seperti mata saya akan menjadi kering, letih  dan boleh menyebabkan jangkitan keran terlalu lama berkanta lekap. Jadi saya rasa saya TIDAK MENYESAL membeli cermin mata…kerana lebih selesa dan menyenangkan.

Dan kali terakhir saya menukar bingkai kaca mata adalah pada bulan 5 2011…. dan kini sudah pun bulan 3 2013. Rasanya saya memerlukan pemeriksaan mata sekali lagi kerana silau saya sudah meningkat menyebabkan ketika waktu malam saya memandu agak kurang sikit tumpuan kerana silau yang kurang jelas.

Jadi pada sesiapa yang berkacamata ingin menyertai Contest Kaca Mata PapaMifz.com boleh la terjah blog beliau.

Peraduan ini akan tamat pada 15.03.2013 tau..cepat!!cepat… mana tau rezeki korang…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply to Aiman Aziz Cancel reply