[RESEPI] Kari Ayam tanpa Santan

Semalam saya mencuba resepi yang dah lama mak saya gunakan….tapi saya pula pest time nak buat…hahahaha

Selama ni masak Kari guna santan, kali ni masak kari tanpa santan……puas la goggle .dan jumpa resepi yang cukup ringkas dari resepi Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA 🙂
800 gram ayam potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam
2 biji tomato, belah 2 setiap satu
1 keping asam gelugor
1 camca besar pes tomato
1 1/2 camca besar cili kisar (nak pedas sila tambah)
4 camca besar penuh rempah kari daging Baba’s
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS 🙂
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
BAHAN TUMIS 🙂
2 tangkai daun kari, dilurut
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA 🙂
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan pes tomato, tumis hingga garing, guna api kecil. Masukkan Bahan kisar halus + rempah kari tadi. Kacau rata dan tumis hingga rempah garing dan terbit minyak. Kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut dengan rempah tadi. Masukkan kentang (toskan). Gaul. Tuang air secukupnya. Biar mendidih. Tambah asam gelugor dan masak hingga kentang empuk.
  3. Tambah garam secukup rasa da sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Masukkan tomato belah dan biar sekejap hingga tomato masak dengan wap panas. Boleh hidangkan bersama nasi, roti jala, lempeng atau pun roti..

Dipetik dari Resepi Mat Gebu

 **************************************

Alhamdulilah……….. memang menjadi kari ayam saya………. dan anak-anak suka makan.

Mungkin lepa sni saya akan cuba masak kari ikan pula…….. rasnaya lagi senang kot masak tanpa santan…….mudah dan rasanya memang lagi sedap!!!!!!hik3

Pada yang nak mencuba boleh la cuba…….. pepandai la agak yek… saya pun pest time buat….hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply