Kempen Alahan Protein Susu Lembu (CMPA)

Pada minggu lepas, saya dijemput menghadiri Kempen Alahan Protien Susu (Cow’s Milk Protein Allergy) yang di adakan di The Gardens Hotel & Residences, Mid Valley City bersama blogger yang lain…

(kredit pada Melastikbintang.com)

Sempena Minggu Alergi Sedunia 2013 (8-14 April), Persatuan Pediatrik Malaysia dan Persatuan Alergi & Imunologi Malaysia telah melancarkan Kempen Kesedaran Alahan Protein Susu Lembu (“Cow’s Milk Protein Allergy” atau CMPA) yang bertujuan meningkatkan kesedaran and mendidik ibubapa tentang CMPA di kalangan kanak-kanak. CMPA adalah alahan makanan paling lazim di kalangan bayi.

Walaupun statistik agak terhad, susu dipercayai merupakan alahan makanan yang paling lazim dialami oleh bayi di Asia dan Malaysia. Namun begitu, ia sering disalah tafsir kerana kesannya merangkumi pelbagai tindakbalas alahan.

http://parenthots.com/getfile/40c3fce2-5494-45d3-b2a4-5cc364c08bbb/cows-milk-protein-awareness-programme-2.aspx
Semasa pelancaran CMPA awareness campaign:
(dari kiri) moderator Shazmin Shamsuddin bersama Dr Amir Hamzah, Prof Lee dan Dr Chai.

“Istilah terkini untuk alahan atau alergi yang diiktiraf oleh Pertubuhan Alergi Sedunia ialah sebarang tindakbalas hiper sensitif terhadap susu. Ia boleh dibahagikan kepada CMPA dan tidak toleransi laktosa. Kedua-dua keadaan ini adalah berbeza – tidak toleransi laktosa ialah ketidakupayaan untuk menghadam laktosa disebabkan kekurangan enzim laktase, manakala CMPA pula ditakrifkan sebagai tindakbalas alahan hiper sensitif terhadap protein susu lembu,” jelas Dr Amir Hamzah, Presiden MSAI.

Menurut kajian, CMPA boleh berlaku sejak bayi dilahirkan dan memuncak dalam tahun pertama. Ia biasanya reda dalam jangka masa tiga atau empat tahun. Namun begitu, kajian melibatkan 807 kanak-kanak yang mengalami CMPA mendapati masalah ini boleh berlarutan sehingga ke alam remaja bagi satu pertiga daripada kanak-kanak yang ditinjau, dengan 12% terus mengalami alahan terhadap susu lembu sehingga usia 18 tahun.

“Simptom CMPA di kalangan kanak-kanak boleh berlaku beberapa minit selepas susu diminum. Ia bermula dengan keradangan kulit, masalah penghadaman, keradangan yang teruk dan juga berlaku kemungkinan tindakbalas alahan yang lebih teruk iaitu anafilaksis, Ibubapa perlu mengetahui masalah yang dihadapi dan mengambil langkah yang betul untuk menangani CMPA.” kata Dr Chai Pei Fan, pakar pediatrik dan ahli Kolej Pediatrik, Akademi Perubatan Malaysia.

Prinsip Utama Dalam Rawatan CMPA

Faktor terpenting dalam rawatan CMPA adalah penyingkiran protein susu lembu dari diet kanak-kanak tersebut. Formula gantian mungkin tidak diperlukan bagi bayi yang menyusu badan dan kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas; ibu yang menyusu badan harus meneruskan penyusuan tetapi berhenti mengambil sebarang protein susu lembu.

Bagi kanak-kanak di bawah 2 tahun yang tidak menyusu badan, susu lembu boleh digantikan dengan formula gantian, di mana formula yang dinyahhidro secara extensif (“extensively hydrolysed formula” (EHF)) merupakan pilihan utama. Tidak seperti yang disangkakan, formula berasaskan soya adalah tidak sesuai bagi kanak-kanak di bawah 6 bulan kerana kesan jangka panjang bagi kandungan aluminium dan phytoestrogen yang tinggi masih tidak diketahui.

Kempen Kesedaran Alergi Protein Susu Lembu yang dianjur MPA dan MSAI meliputi program Pendidikan Perubatan Berterusan bersama pakar penjagaan kesihatan dan lain-lain inisiatif seluruh negara untuk meningkatkan lagi kesedaran dan mendidik para ibubapa. Kempen ini disokong oleh bantuan pendidikan tanpa syarat dari Institut Sains Dumex sebagai sebahagian dari visi syarikat untuk terus memberikan nutrisi terbaik untuk meningkatkan kesihatan kanak-kanak Malaysia.

Untuk lebih lanjut, boleh la layari MPA di www.mpaweb.org.my dan MSAI’s di www.allergymsai.org.

*********************************************

Seperti biasa, kalu pergi event tak jumpa blogger tak sah kan?

Akhirnya… dapat juga berjumpa ngan MelastikBintang….hahahaha

Terima kasih atas entry  gambar anak kak sumi tu yek….. ada juga yang cam anak siapa walaupun ko tak mention nama kak sumi…wakakaka

nah.. sila baca sini :

Makanan nya pun tidak menghampakan… sangat sedappppp……..

Dapat berjumpa juga dengan ibu-ibu yang hebat. antaranya Byzura, Azza, erkk…sebelah kak ayu tak ingat nama… huhuhu *maafkan saya

http://3.bp.blogspot.com/-awxCRmitGN4/UWdu-HtTb2I/AAAAAAAAW4c/zZ1PvSJ6_T4/s320/CMPA+Forum_Group+Pic+(1)+(1).JPG

Sebelum pulang acara bergambar bersama-sama dengan Dr Chai Pei Fan…yeahhhh!!!

Banyak juga soal jawab berlangsung masa tu…. maklum la bila ibu2 bertanya.. macam2 soalan yang tak dijangka pun di aju……hik3

Dan..bila dah jumpa cermin dalam LIFT kami Anna dan Mila…. pantangla jumpa…maklum la nak turun dari tingkat  29…. dengan kadar lift yang lambat turun… apa lagi. ambik gambar bertubi-tubi..

Tapi letak 1 jerla.. kang muntah pula korang tgk gambar kami banyak2….hahaha…

Ok..sila cari Huzaiman mana?? hahaha..kesian dia. x nampak dalam gambar, sebab ibu dia sibuk mengila depan cermin…kah3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply to ciklaili.com Cancel reply