[REVIEW] 2 Kalimah

Sapa dah tengok 2 Kalimah kat wayang??

Sekarang ni Astro dah tayang kar Astro First… tapi kene la langgan yek….Maklumla.. sejak tak dapat tengok wayang ni.. tengok kat rumah jerla.. jadi mengharapkan wayang dari HBO, MAX, FOX,Astro First,ABO…

Yela..saya tau, sumer dah tengok citer terbaru.. saya jer yang sibuk baru nak update… tapi tak kisah la.. janjji dapat gak tengokkan??hik3

Sinopsis Dua (2) Kalimah

Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Nmun mereka semakin terpesong akidahnya.

Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.

Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.

Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.

Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?

2 Kalimah merupakan filem Islamik arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures (MIG)

Pelakon 2 Kalimah: Shaheizy Sam ,Nora Danish,Wan Hanafi Su,Yana Samsudin,Siti Aziz, Adibah Yunus, Shima Anuar dan Mikael Andre.

*****************

Apa yang nyata citer ni ada pengajaran nya tersendiri….kira dalam ni  dia tunjuk pengajaran 3 sekali la….

Yang melakonkan watak PIAN tu ingat Piere Andrea, rupanya Mikael Andrea…siapa yek..adik dia yek??hik3

Tapi pada sesiapa yang nak tengok, boleh la layan kat Astro First yang sedang ditayangkan…leh tengok ulang-ulang…maklum la sejak Shaheizy Sam dan Yana Samsudin menang kat ABPH yang lalu,mesti ramai yang nak tengok lakonan dia kan??hik3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments

    • Sumijelly says:

      yer betul….

      maklumla.. nak ke panggung sendiri susah… nak membawa semua.. pun susah…

      duduk rumah subscribe jer Astro First…tgk ulang2..hik3

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply