Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013

Acara : Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013
Tarikh : 29 Mei – 1 Jun 2013 (Rabu – Sabtu)
Tempat : Pantai Geting, Tumpat

PESTA WAU ANTARABANGSA KELANTAN 2013

1.LATARBELAKANG

  • Pesta wau telah diadakan sejak tahun 1982. Selepas itu, ianya telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti promosi pelancongan tahunan bagi negeri Kelantan.
  • Para peserta peringkat antarabangsa yang bakal mengambil bahagian pada tahun ini terdiri dari negara Austria, Kemboja, Australia, Vietnam, China, Jepun, Indonesia, Brunei, Thailand, Filipina, Sweden, Singapura, New Zealand, Amerika Syarikat,  Perancis dan Jerman.

2.PENGANJURAN

  • Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2013 ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Kelantan, Tourism Malaysia Kelantan, Persatuan Layang-Layang Kelantan (PELAYANG) dan Majlis Pelayang Malaysia. Pesta ini juga akan melibatkan jabatan serta agensi kerajaan dan pihak swasta.

3. TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh dan Tempat adalah sebagaimana berikut:
Tarikh : 29 Mei – 1 Jun 2013 (Rabu – Sabtu)
Tempat : Pantai Geting, Tumpat

4.ATURCARA MAJLIS
Aturcara majlis sebagaimana di Lampiran 1

  • Pertandingan Wau Bulan Tradisi Naik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Puyuh Tradisi Naik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Kucing Tradisi Naik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Jalabudi Tradisi Naik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Daun/Barat Naik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Bulan Tradisi Sobek/Cantik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Puyuh Tradisi Sobek/Cantik Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Membuat Wau Tradisi Peringkat Kebangsaan (Menaik)
  • Pertandingan Membuat Wau Tradisi Peringkat Kebangsaan (Membuat)
  • Pertandingan Wau Daun 1 Pancang (Secara Tradisional) Peringkat Kebangsaan
  • Pertandingan Wau Bulan Besar (9 kaki) Naik Terbuka
  • Pertandingan Wau Puyuh Besar (9 kaki) Naik Terbuka.
  • Pertandingan Menaikkan Wau Bulan 5 x 5 kaki oleh keluarga pengadil
  • Pertandingan Wau Bercahaya Bebas Terbuka
  • Pertandingan Layang-layang Rokakku Challenge Terbuka
  • Pertandingan Layang2 Ciptaan 3D Peringkat IPT (Institut Pengajian Tinggi)
  • Pertandingan Wau Bulan Tradisi Peringkat Sekolah Menengah Negeri Kelantan
  • Pertandingan Wau Puyuh Tradisi Peringkat Sekolah MenengahNegeri Kelantan
  • Pertandingan Layang-layang Rokakku 5 kaki Naik Peringkat Sekolah
  • Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah Tahun 1 – 3 Negeri Kelantan
  • Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah Tahun 4 – 5 Negeri Kelantan
  • Pertandingan Layang2 Paling Kreatif/Unik Peringkat Antarabangsa
  • Pertandingan Layang2 Paling Harmoni/Warnawarni Peringkat Antarabangsa
  • Pertandingan Layang2 Train Kite Peringkat Antarabangsa

Jadi pada warga Kelantan dan yang berdekatan…. jangan lupa datang beramai-ramai untuk memeriahkan PESTA WAU ini………

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply