Samsung Galaxy S4 yang di nantikan telah tiba……

Wohoooooooooo….. Pada 27.04.2013 iaitu hari Sabtu yang lalu, Samsung Galaxy S4 telah pun dilancarkan.Terdapat beberapa tempat ‘roadshow’ diadakan, antara salah satu lokasi yang terlibat ialah ruang legar, Berjaya Times Square

Seawal 9 pagi ramai peminat Samsung sudah membanjiri ruang legar Berjaya Times Square untuk melihat lebih dekat Samsung Galaxy S4 ini.

Mau tak menanti-nanti, rakyat Malaysia ni pantang ada gadget baru mesti nak serbu dulu supaya tak terlepas peluang, nak pula kalu memang peminat Samsung macam saya…hik3

Tu dia rupa Samsung Galaxy S4………….

Saiz skrin nya lebih besar dari Samsung S3 dan lebih kecil dari Samsung Note 2….dan nipisnya hanya 7.9mm jer.. ringan dari Samsung Note 2 turut mempunyai paparan Super AMOLED berdefinisi penuh pertama di dunia.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada Samsung Galaxy S4 ini juga ialah dilengkapi dengan kamera belakang 13 mega piksel, teknologi Gorilla Glass Corning 3 yang mampu merekod bunyi dengan lebih jelas dan teknologi Airview yang membolehkan operasi skrin dail pantas dengan mengeluarkan gambar daripada nombor satu hingga sembilan.

Awal-awal pagi ramai dah beratur untuk memiliki Samsung Galaxy S4 ni tau….. untuk menjadi pembeli terawal kene la datang awal ye dak.. sebab selalunya bila sesuatu produk di lancarkan, banyak hadiah sampingan di beri semasa pelancaran tau..hik3

Ramai juga yang cuba menerokai dan merasai sendiri Samsung Galaxy S4 ni….

Ialah ramai yang mengatakan Galaxy S4 ni menggunakan bahan binaan berasaskan plastik, jadi mesti ramai yang ingin menyentuh dan membandingkan antara Samsung yang lalu kan…

Tapi apabila ia dipegang, amat selesa ditangan, serta tidak begitu berat dan kelihatan janggal di atas tangan seperti beberapa peranti lain.

Oh ya……Awal Ashari dan Liyana Jasmay pun turut serta hadir pada hari pelanacaran tersebut….

Lihatla mereka bergaya bersama SamsungGalaxy S4 tersebut dengan aksi mereka tersendiri…. sementara menunggu ketibaan Pengarah Urusan Samsung Malaysia Elektronik Sdn Bhd

Pengarah Urusan Samsung Malaysia Elektronik Sdn Bhd iaitu En Kwon Jae Hoon tiba, di sambut meriah dengan persembahan pancaragam.

Malah para pengujung di hiburkan dengan aksi ‘flash mob’ dan juga ‘break dance’ dari penari2 yang terlatih….

Apa yang pasti ‘roadshow’ yang di adakan serentak di seluruh negara mendapat sambutan ramai dari pengunjung dan peminat Samsung.

Jadi apa lagi, pada mereka yang tercari2 telefon pintar yang terbaru……..apa kata dapat Samsung Galaxy S4 di semua lokasi terpilih termasuk di kaunter syarikat telekomunikasi dengan harga serendah RM2,199 menerusi pilihan warna hitam dan putih.

Samsung Galaxy S4, Teman sejatimu………..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply