Tangga piano di Berjaya Times Square

Eh.. lama juga saya tak jejak kaki kat Berjaya Times Square ni… kebetulan hari Rabu lepas saya pergi ke BTS so ternampak la pulak tangga piano ni….

Serba sedikit Info mengenai Tangga Piano 

  • The Grand Musical Staircase itu dibina dengan kos sebanyak RM1.5 juta dan ia mengambil masa selama 13 minggu untuk siap sepenuhnya.
  • Ia merupakan binaan istimewa dengan anak-anak tangga itu diwarnakan mengikut rupa kekunci piano. Tangga itu menghubungkan aras bawah (Ground) dengan aras bawah tanah (Lower Ground).
  • Lebih menarik, tangga yang mempunyai 30 anak tangga itu akan mengeluarkan bunyi kod piano yang mengiringi setiap langkah pengunjung. – Kosmo
  • Berjaya Times Square merupakan pusat beli-belah pertama di Malaysia yang mempunyai tangga muzikal ini. Setiap anak tangga dilengkapi dengan sensor yang akan mengesan setiap langkah pengunjung yang menggunakan tangga tersebut.
  •  Alunan piano serta lampu fiber optik dan zen mampu menarik perhatian pengunjung untuk melalui The Grand Musical Staircase. Ia juga memberi keterujaan dan keseronokan kepada pengunjung yang menggunakan tangga itu

Eh…. sempat juga saya ambik vedio melalui KEEK semasa Danial naik turun tangga tersebut….

Masa pergi ni waktu kerja, jadi tak ramai orang la kan… kalu pergi waktu hujung minggu sure ramai kot.

Padat juga dalam kawasan ni… macam-macam ada.. darikedai makan, minuman, kedai baju, Gadget, Theme Park, panggung wayang.. hai la. sumer ada dalam 1 bangunan ni la…

Harga parking pun boleh tahan gak tu…….kalu duk situ lama berbaloi la kan sebab RM8 sekali masuk… tapi kalu sekejap macam mahal kan?hahahaha

Jadi pada sesiapa yang jarang ke BTS boleh la jadikan tempat ni salah satu kunjungan kot.. sebab semua ada kan dalam ni…

Sambil2 tu leh la terokai sebab ada hampir lebih 1000 kedai dan mempunyai hampir 13 tingkat ko!  Ialah yang selebihnya Service Apartment la kan….. haaa….. dari pagi sampai malam duk situ pun tak per…hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments

Leave a Reply