KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan pengeluaran Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) mulai 15 Julai ini bagi menggantikan lesen memandu sedia ada yang telah digunakan sejak 1989.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, LMBT mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dan ianya akan dapat diperolehi secara serentak di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan (JPJ) mulai tarikh tersebut.
Pengeluaran lesen baru itu akan diperluaskan di pejabat-pejabat pos diseluruh negara mulai November ini, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di JPJ Wilayah Persekutuan, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini Jumaat.
Hishammuddin berkata, antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra cetak dengan reka bentuk dan lapisan hologram yang mempunyai keselamatan canggih.
Selain itu, katanya perisian khas yang membolehkan informasi dan gambar pemegang lesen memandu yang dicetak d ilindungi.
Di samping itu, LMBT juga membolehkan imej gambar pemegang lesen disimpan dalam pangkalan data JPJ bagi tujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, katanya.
“Ini adalah langkah proaktif kita dalam melakukan pembaharuan lesen memandu dengan ciri-ciri keselamatan yang baik supaya ia tidak dapat dipalsukan,” katanya.
– BERNAMA
Bt pe byk2 kad.guna IC je dhla..msuk sume dlm IC.bwk skeping kad je..
tu la…ras akata hari tu dah leh guna IC sebagai lesen.ni tup2 kuar suh tukar kad lesen pula….huihu
hemm..tak apalah. buat ajelah.
tu la……. buat jerla……….
nak kena jugak p tukar…hehhee
X sure la.. kenapa perlu buat banyak kad..guna ic sudah..hik3