Menjamu selera di Subway, Shaftsbury Cyberjaya

Bila duduk area Putrajaya ni, asal ada kedai baru buka mesti nak g terjah. Bukan kedai baru tu maksud saya kedai yg tak pernah pergi…. pernah pergi cuma tempat baru kan.. jadi kene la try service derang ok ker tidak.hik3

Jadi pergila kami ke Subway di Shaftsbury Cyberjaya…. sebab masa hari pembukaan nya……. mak aik ramai giler ok. sampai kat luar beratur….. jadi sekarang dah buka lama, boleh la terjah..hahaha

Sebenarnya ini kali ke 2 mencuba makan Sandwich di Subway….. selalu lalu jer dan baca iklan kat paper….hehehehe

 

Sampai juga saya di Subway, Shaftsbury Cyberjaya ni…….

Iyerla… nak g sini pun kalu ada urusan jer.. kalu tidak tak sampai la ke Shaftsbury Cyberjaya ni…. Eh tak lama lagi Cyberjaya akan ada Shopping Kompleks…. tak sabar nak tunggu!!hehehe

Sebelum nak pergi Subway ni kene dulu tau tujuan nak makan apa kan… sebenarnya nak makan yang Promosi ni… Sub of the day yang bernilai RM7.50 jer….

Kalu nak suruh pilih menu lain, tak reti. sebab ada yang cakap kalu salah pilih sandwich tu leh jadi RM20 tau!!hahaha

Memula kene la beraturkan……… sebab nanti marah orang ang dah beratur tu… tetiba potong barisan lak..hik3

 
 

Sambil beratur tu… tengok2 la menu kat atas tu kan?

Tapi disebabkan nak pilih menu sub of the day tu, tak yah la gatal2 nak g tengok menu tu….

Dah sampai depan tu kene bagi tau menu pilihan…..

Di sebabkan saya datang hari Khamis, just cakap jerla saya nak menu tuk hari Khamis…. hahahaha

Pastu pilih JENIS ROTI…….

Ada 5 jenis roti dan 1 jenis yang bergulung…….

Selalu saya akan pilih ROTI WHEAT. sebab roti tu kan tawar….hahaha

Kemudian pilih isi nya……

Tapi kalu dah pilih menu sub of the day tu, korang tak yah la sibuk2 tunjuk isi mana korang nak kan? Tak layan la kan…….

Sebab dia akan letak isi mengikut hari sub of the day tu kan.. jadi kalu hari Khamis saya dapat la Rosted Chicken kan…

Pastu pilih sayur-sayuran nya….

Letak la banyak mana korang nak.. derang tak kisah…

Tak nak sayur pun tak per……. tapi apala namanya sandwich kalu tak ada sayurkan,.,.,.,. jadi saya letak sayur yang biasa makan la….hahaha

Pastu yang terakhir pilih jenis SOS…….

Sos cili, tomato, maonis, thousand island, BBQ… ishk.. banyak la kan

Kalu korang nak rasa semua SOS, suh jer derang letak……. hahahahahaha

Dan bila dah ambik tori tu jangan lupa bayar……….hahahaha

Jadi saya tak beli pun air kat situ, sebab dah beli air kat luar……. hehehehe……

Tapi kalu nak beli yang set Combo ni, rasa berbaloi kot. Sebab dapat air dan 1 cookies… baru RM10.90. Cuma terhad la sikit isi nya.. ada 2 jenis jer kan…hik3

Tapi tengok pada gambar menu ni mesti pilihan ramai, tu yang wat promosi macam ni kan….

Tu dia, menu pilihan kami………

Air kami beli di Chattime jer…….

Untung juga makan di Shaftsbury Cyberjaya ni…. sebab banyak kedai pilihan kat sini….

Jadi pada mereka yang nak ke Shaftsbury Cyberjaya sangat senang jer ke sana……kalu dari Putrajaya pun dekat kot…

Okla itu jer kot citer makan2 saya….. nanti ada masa saya cerita lagi kedai makan mana saya dah pergi…..muahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments

Leave a Reply to nikkhazami Cancel reply