Salam kengkawan,
Ramadhan hampir tiba, mungkin ramai yang sedang mempersiapkan diri untuk berpuasa.
Yang dah ganti puasa, alhamdulilah.. Ada juga yang berpuasa sunat sempen bulan Syaaban. Tapi rasanya minggu ni dah tak leh la berpuasa lagi.. sbb kita lagi seminggu dh nak puasa kan….…semoga bertambah lah pahala kalian…
Ok..di sini saya sertakan Niat puasa ramadhan, doa berbuka dan selepas berbuka puasa. Seperti tahun-tahun yang lepas, ramai gak yang mencari Niat puasa ni…
Semoga mendapat manfaat dari kengkawan….
Niat Puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Doa Selepas Berbuka Puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1434Hijrah!
memang ramai yang akan cari benda2 ni.. masa time2 dah dekat puasa.. almaklum jelah setahun sekalikan..
good info
semoga boleh jadi rujukan orang ramai
Tgh tngok primadona..ade pn.sumi..wah glamour sehhhh.. 🙂