Bila ulser menyerang mulut!

Adeh…………… hari ni dah Ramadan ke 9… tetiba mulut saya mendapat penyakit iaitu ULSER…

Dah la bulan puasa, bila sakit, perit, kering x dapat la buat apa2 sepanjang hari.. kene tunggu pas berbuka la baru boleh minum air…

Disini saya kongsikan artikel untuk dibaca bersama…

 **************

Pernahkah anda merasa perit dan sakit di bahagian dalam pipi atau di bawah bibir? Apabila anda memeriksa dengan menggunakan cermin muka, anda akan melihat satu tompokan putih. Ibu akan menasihatkan supaya anda meletakkan secubit garam pada bahagian itu supaya ia cepat sembuh.

Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi, lidah juga mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk bertutur.

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.

Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan.

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi.
Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubt kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut:Banyak minum air suam.

  • Berehat dan tidur dengan cukup.
  • Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
  • Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang.
  • Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.

Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply