Apa perasaan bila lalu sebelahnya?

Selalunya saya kuar rumah seawal 6.45pagi…… ialah, hantar anak-anak ke Taska kemudian ke Pasti di sekitar Seksyen 7.

Kene keluar dari kawasan Bangi sebelum pukul 7 pagi, kalu tak pasti akan menempuh lalulintas yang azab……. maklum la semua pun berpakat nak g kerja mengikut masa kan?

Tapi, saya cukup tak suka bila dah masuk ke laluan menuju ke Putrajaya ni tetiba ada banyak lori kiri kanan… kalu lori biasa yang angkut barang tu ok la kan.. ni lori pasir la, lori tanah la, trailer panjang bawa kayu la, simen la, batu bata la……

Kalu dari jauh dah nampak lori yang macam ni.. cukup tak suka tau nak memandu….

Mula la saya nerbes atas jalan raya…..hahahaha. Mau tak nerbes… selalu baca paper pasal macam-macam kejadian berlaku di atas jalan raya…huhuhu

Bukan sepatutnya kenderaan berat macam ni tak leh lalu ker waktu puncak macam ni?

Ialah, waktu ni la kenderaan berpusu-pusu ke tempat kerja, time tu la kenderaan berat jalan.. kan akan menyebabkan kesesakan lalulintas lagi…

Dah la berat, pastu slow jer jalan.. jadi kenderaan belakang jadi bertambah2 lambat la kan?

Saya kalu jumpa kenderaan berat macam ni, cepat2 la nak potong dari mereka…

Kalu boleh biar deeeppppppaaaannnnn sekali.. x mahu berada di sebelah, ditepi atau betul2 depan lori…. sebab masa lalu tu otak dah mula fikir yang bukan2..

Mula la mulut terkumat kamit baca 2 kalimah syahadah dan ayat2 yang sepatutnya….

Umpama bersaing ngan nyawa jer kalu jumpa kenderaan berat. Kalu boleh hindarkan la dari kecelakaan dan musibah sepanjang perjalanan saya dan keluarga serta rakan-rakan sekalian. AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments

  1. dayah says:

    Perasaan cemas yg sama.. dayah pun selalu gak pikir bukan diorang kena gam je tak boleh lalu waktu puncak..lepas tu mula la pikir apasal takde jpj ke polis trafik ke nak lalu boleh prrittt prriitt tahan diorang hehe. Sebab depa nih selalu memandu laju.. dayah phm sgt sbb dayah pun lalu silkhway tu..

  2. Anuar says:

    Macam nilah duduk dekat bandar.. Setiap pagi terpaksa menempuhi cabaran… Walaubagaimanapun hidup mesti diteruskan walau pelbagai rintangan datang melanda… Semoga kita terus menjadi seorang insan yang tabah dan cekal…

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply