Selamat Hari Jadi Huzaiman yang ke 2!

Wah..sedar tak sedar, Huzaiman sudah pun berusia 2 tahun!!

Ingat lagi sewaktu melahirkan dia… sepatutnya lewat, tapi tak sabar2 nak jengah dunia pada 29.07.2011 hari Jumaat yang mulia lagi…

Lahirla putera saya yang ke 4 pada hari tersebut… di beri nama Muhammad Huzaiman B Mohd Zaire….

Kemudian membesar dengan begitu semangat, hasil dari minum  air susu ibu….

Alhamdulilah… semakin membesar dengan sihat…

 

Genap 1 tahun, sudah mula pandai berjalan sendiri…. cepat sungguh masa berlalu…. dari merangkak, bertatih.. kini sudah pandai berjalan….

Bila semakin memahami keadaan sekeliling, mula menunjukkan kepandaian sendiri…

Pandai bergelak ketawa, bergurau senda bersama abang2 nya….

Kini…………..

Hari ni genap la usianya 2 tahun pada hari ini……….

Alhamdulilah, sehingga kini dia la penghibur dia la penawar…. semakin lama semakin aktif dan lasak…

Sekarang dah pandai memilih makanan, minuman dan juga mainan… pandai bila tengok abang-abang nya nak itu, dia pun nak.. abang2 nya nak ini.. dia pun nak…hik3

Apa-apa pun, Ibu harapkan semoga Huzaiman membesar dengan sihat. Di berikan umur yang panjang, menjadi anak yang soleh, dimurahkan rezeki dan juga diberikab kesihatan yang panjang.

Selamat Hari Jadi Huzaiman!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments

Leave a Reply to yatie Cancel reply