Jakarta: Pengerusi Lembaga Pusat Muhammadiyah Din Syamsuddin semalam berkata, pengikut kumpulan itu akan merayakan Aidilfitri pada 8 Ogos depan.
Ia berpandukan keputusan Majlis Tarjihnya.
“Muhammadiyah memutuskan Aidilfitri jatuh pada 8 Ogos,” katanya.
Menurutnya, Aidilfitri jatuh pada 8 Ogos kerana kedudukan matahari, bumi dan bulan di garisan lurus berlaku pada 7 Ogos.
“Jika ketinggian hilal melebihi 3 darjah kami pasti hilal Syawal jatuh pada 7 Ogos,” katanya.
Ini bermakna pengikut Muhammadiyah berpuasa selama 30 hari selepas memulakan 1 Ramadan 9 Julai lalu.
Mengenai perbezaan antara kerajaan dan institusi lain dalam menentukan tarikh Aidilfitri, Din meminta semua pihak memahami pendapat kumpulan itu.
Kerajaan dan kumpulan Islam terbesar, Nahdatul Ulama juga dijangka menetapkan hari raya jatuh pada 8 Ogos. Tetapi mereka berpuasa 29 hari kerana memulakannya pada 10 Julai.
– Agensi
Tu baru Jakarta keluarkan… Malaysia belum lagi keluarkan…tapi kalu ikut kalendar memang Raya jatuh 8 Ogos 2013 pun…hik3
Apa-apa pun, sumer dah sedia ker nak menyambut raya?

Harap-harap kita raya sekali dengan Indonesia… Barulah kemeriah aidil Fitri semakin di rasa, apabila dua negara berjiran sambut hari raya bersama…
insya allah… rasanya apa yang diramal mesti betul kan?hik3
Sudah jangan ikut beraya seperti Indonesia pula. 🙂
hahaha……….