Rasanya semalam ramai yang share mengenai kematian seorang siak di Bandar Baru Bangi…
Innalilahiwainalilrojion atas pemergian siak tersebut…
Sebenarnya Surau yang tempat arwah selalu siak pergi tu berdekatan jer dengan rumah saya… tak sangka pula kejadian berlaku berhampiran.
Ramai cakap laluan menuju ke Desa Surada jem semalam gara-gara kematian siak tersebut… Arwah meninggal dunia selepas solat sunat zohor di Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi.
Al-fathihah pada arwah dan takziah pada keluarga siak tersebut… di 10 ramadan terakhir perginya beliau dengan keadaan bersujud mengadap ilahi…
Uumat Islam menganggap kematian dalam keadaan bersujud adalah satu
kelebihan yang diberikan ALLAH SWT kepada hamba-Nya yang beriman,
tambahan pula ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keampunan.
Al-fathihah………..

pakcik ni jiran mertua saya…ank dia kwn dgn asben sy…innalillah dan takziah buat keluarga….mmg jd viral gbr ni semalam…masyaAllah~
Gempar semalam di FB. Al Fatihah.
mulia sunggoh cara pemergian dia..bulan baik lak tu
Al Fatihah.. Semoga Roh arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman….
kalau dah ajal. macam mana cara pun akan diambil jugak nyawa kita. Al Fatihah kepada arwah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan beriman.