Dulux menceriakan bilik anak-anak!

Wah..wah…. bagaimana suasana raya korang?? Mesti seronok kan??

Haaa…… ingat taklagi entry saya mengenai Dulux tu? Haaa….. kali ni nak citer lebih lanjut lagi mengenai cat Dulux Inspire ni la… Kan saya ada bagitahu nak cat bilik anak-anak bujang saya kan?

Jadi inilah projek yang saya lakukan masa bulan puasa yang lalu….

Lihatlah bilik anak bujang saya ni…… tak ada la banyak sangat barang nya…

Sekadar 2 meja belajar, 1 katil queen dan 1 rak penyidai baju aja…..dan seperti biasa, keliling dinding nya macam-macam kad board belajar la kan…..

Sebaikla anak bujang jer, jadi tak derla patung-patung mainan kan? Yang ada kereta mainan mereka.. tapi mereka pandai simpan dalam almari masing-masing…hik3

Jadi saya dah janjji dengan anak-anak untuk mengecat bilik mereka, teruja mereka mendengar nya… jadi apa lagi, saya suruh la mereka kemas2 sikit bilik dan alihkan beberapa barang ke tepi kan…

Apa lagi, lipat tikarla, alihkan katil la, alihkan meja belajar dan juga cabut segala kad board di dinding tu kan…

Semangat anak-anak saya bila mengemas, maklumla nanti nak ubah warna dinding bilik mereka kan?

Ok… dah kosong dinding bilik tersebut….

Tak sabar rasanya nak lihat bilik di cat dan bertukar warna……..

Kod warna cat : Glistering sea 50BG 62/133

Memandangkan kesemua anak saya ni lelaki kan, saya memilih warna biru laut la.. ialah warna biru sesuai sikit dengan lelaki ni.. tak la garang dan tak la lembut sangat, sedang-sedang elok la kan….

Jadi sebelum kita mengecat, kene la letak suratkhabar sebagai alas lantai.. supaya bila mengecat, cat yang jatuh tak terken lantai kan… jadi takla kotor lantai bilik nanti…

Ok.. dah alas lantai, kene la ada barang-barang nak cat kan… tak kan la nak cat ngan tangan kot..hik3

Macam biasa alat-alatnya berus besar untuk dinding, berus kecil untuk bahagian yang sukar nak cat, bekas tadah cat dan semestinya cat Dulux Inspire la kan……

Ok.. marila kita mula mengecat, asyik cerita jer… bila nya nak startnya kan…

Eh..eh.. saya x dapat la nak mengecat bilik ni, sumer saya serahkan kat my IR untuk mengecat. Agak terbatas sikit nak mengecat sebab Huzaiman asyik mengacau jer….

Sebaik la my IR sanggup membantu untuk mengecat bilik anak-anak….

Ishkk… tak sabar nak tengok hasil bilik tersebut….jadi saya biarkan my IR mengecat tanpa gangguan anak-anak….

Saya nak kongsi sikit dengan pembaca mengenai cat Dulux ni…semasa saya mengecat bilik ni kurang sikit berbau catnya…. selalu saya cat umah mak saya mesti kuat bau catnya…

Malah cat Dulux Inspire ni tak la pekat dan tak la cair sangat…jadi bila mengecat tu tak tumpah-tumpah la sangat kat atas helaian suratkhabar yang saya lapik tu kan….

Dan memang betul, catnya amat mudah disapu kedinding….

Sapa kata kerja mengecat ini susah dan tak menyeronokkan… dengan Dulux Inspire kerja mengeat bertambah senang dan menyeronokkan tau!

Agak senang menggunakan cat Dulux Inspire ni….mudah, cepat kering dan sapuannya sangat rata

Jadi tak mustahil la dalam masa beberapa jam sahaja bilik ini dapat di cat sepenuhnya….saya hanya menggunakan 5 liter sahaja untuk mengecat 1 bilik tidur ini….

Lihatla warna birunya…. memang ceria dan cerah kan??

Sejuk jer mata memandang bila lihat warnanya.. seolah2 melihat langit di atas… ni belum siap lagi….tengokla bahagian atas tu.. kene kemaskan lagi tu….

Pada bahagian yang sukar, my IR menggunakan berus kecil untuk mengemaskan keliling dinding tersebut…

Guna tangga sahaja untuk bahagian yang tinggi.. jangan guna meja ker, kerusi ker.. tak sesuai tau….

Ok………. setelah beberapa jam menghabiskan diri di dalam bilik bersama cat ni.. akhirnyaaaaaaaaaaa……………..

Siap juga bilik tidur anak saya dengan sentuhan baru….

Warna yang cerah dan ceria!!Dengan cat Dulux Inspire, hilang segala contengan hasil kerja anak-anak saya ni….jadi nampak la bersih dan kemas berbanding sebelum ini.

Ohya.. kalu korang rasa-rasa nak cat bilik ker, ruang tamu ker, dapur ker tapi tak tahu apa warna yang sesuai untuk di cat… jangan risau ok.. Sebab Dulux Malaysia ada sediakan pakar perunding cat yang dapat membantu korang.

Memula korang ambik gambar tempat mana yang nak di cat atau di cat semula, selepas itu masuk website —>> http://www.dulux.com.my/

Kemudian cari bahagian “Ask Our Colour consultant”

Nanti akan keluar 1 borang yang perlu korang isikan.. jangan lupa sertakan gambar yang korang nak cat tu tau dan hantar…

Lepas tu, nantikan jawapan dari pakar perunding cat melalui telefon ataupun emel dalam 5 hari waktu bekerja.

Senang bukan? haaa………… apa lagi.. boleh la mula mengecat rumah kalu dah ada pakar perunding ni kan? tak yah pening kepala nak pikir warna apa yang sesuai…hehehe

So.. macammana bilik anak bujang saya? ada perubahan tak?? adakah ia semakin cerah dan ceria??

Yang penting anak-anak saya pasti suka.. maklumla nanti sepupu-sepupunya datang beraya, boleh la tayang bilik tidur baru mereka.


Yang penting bilik anak saya tidak berbau cat selepas dicat menggunakan Dulux Inspire….

Tak sabar-sabar mereka nak tidur dalam bilik tersebut lepas di cat….. lena betul mereka tidur selepas tu.. maklumla dapat suasana yang baru pula….

Harap-harap selepas ni semangat cintakan bilik serta ingin belajar lebih rajin dapat ditanamkan dalam diri mereka… Baru la seronok berada di bilik sendiri…..

Sebelum saya terlupa Dulux Malaysia akan adakanadakan Peraduan Aksi Cerah & Ceria dan juga roadshow bermula dari 28 Ogos hingga 24 September ini… jadi inilah peluang korang untuk menyertainya kerana hadiahnya cukup lumayan untuk para pemenang… Tapi mestilah ada caranya untuk mendapatkan hadiahkan…..

Cara 1 : Pastikan korang tahu lokasi ‘roadshow‘ Dulux Inspire ni. Untuk mengetahu loksinya korangboleh layari di FB Dulux Malaysia

Cara 2 : Ambil gambar dengan gaya yang menarik di trak roadshow Dulux Inspire di dalam ruang tamu yang di sediakan. Ada beberapa perbaot di situ.. jadi bergambar sakan la dengan perabot tersebut tau!

Cara 3 : Layari FB Dulux Malaysia dan klik aplikasi peraduan

Cara 4 : Muat turun gambar yang di ambil

Cara 5 : Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan korang dan dapatkan LIKE terbanyak (Pemenang akan ditentukan melalui 50% undian umum + 50% undian juri)

Hadiah : Para pemenang akan memenangi 4 x Hadiah Utama pengubahsuaian ruang utama yang bernilai hampir RM4,800.

Jadi apa lagi…cepat-epat pergi dapatkan lokasi roadshow truk Dulux Inspire tersebut di 4 buah negeri diFB Dulux Malaysia .. mana tahu hadiah itu bakal menjadi milik korang.

Dulux lebih ceria, lebih cerah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply