Menginap di Hotel Ancasa Hotel & Resorts, PD

Alhamdulilah….. hari Jumaat lepas opis saya menganjurkan Family Day di Port Dickson. Jadi dapatla bersukaria bersama anak2 dan suami sambil berjumpa dengna kawan-kawna opis kan…

Sebenarnya ada 3 tempat kami ditempatkan untuk menginap… dikategori mengikut bilangan keluarga yang menginap… jadi saya jer dah 6 orang kan… maka dapatla menginap di Hotel Ancasa Apartment 2 bilik.

Moh tinjau bilik nya..adakah sama macam dalam laman web derang…hik3

Ruang Tamu

 

 Meja makan

 

 Bilik ke 2 – 2 katil single

 

 Bilik air no 2…lagi 1 bilik air dalam bilik utama…

 

 Bilik utama

 

 Dapur, tapi tak leh masak.. kalu korang nak masak.. pepandai la seludup….hahaha

 

TV..adala beberapa siaran ASTRO.. tp tak tgk sgt kan.. sibuk berfamily day

 

 Ni permandangan depan balcony…

Tak buka pun.. sebab tinggi takut la ada anak2 kecik ni..bahaya.. jadi tgk dr dalam jer..hik3

Ni permandangan dari bilik no 2… kiranya belakang mengadap kolam la….

Sampai jer hotel, anak2 sibuk nak mandi kolam..hik3

Rasa nak ektra bantal, tilam, cawan dan sebagainya…

Boleh la rujuk jadual kat atas…hik3..jangan lupa sediakan duit jer…

Rasa2 lapar, malas nak jalan bawah.. leh order makanan

Harga makanan boleh tahan… rasa sanggup beli, beli la.. kalu saya sanggup lagi kuar beli makanan kat luar.. duk Pd jer pun.. bukan duk London kan.. jadi beli jerla makanan kat luar..

Tapi saya dah ada la pakej makan dengan hotel, sebab family day..hik3

 

Blok B

 

Blok A
Blok C

 

Harga Bilik untuk 2 bilik tidur + 2 bilik air

So, macam mana? ada tak lebih kurang bilik nya dengan dalam laman web tu?

Selesa lakan, anak2 dapat duduk bilik2 sendiri… yang lagi 2 duduk dgn saya jer… sbb masih kecik…

Jadi pada yang nak bercuti ke PD, boleh la menginap di Hotel Ancasa ni… dekat jer dengan Pantai kan.. tak derla jauh sgt, jalan kaki ke belakang jer pun…

Alamatnya :
Ancasa AllSuites Resort & Spa, Port DicksonBatu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.
Tel. No. 606-662 7288
Fax. No. 06-662 7900
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Leave a Reply to suriaamanda Cancel reply