Kemunculan Toyota VIOS generasi ke 3!

Ramai sudah tahu bahawa Toyota Vios adalah model paling laris di Malaysia dan kini telah pun memasuki generasi yang ke 3 untuk bagi tahun 2013. Sehingga kini, hampir 265,000 unit telah di jual di seluruh negara untuk generasi pertama dan kedua sejak ia di lancarkan pada tahun 2003 dan di antara  model paling popular dijual di Malaysia.

Dengan slogan ‘Value Beyond Belief’, UMW Toyota Motor telah mengumumkan harga bagi Toyota Vios baru yang telah dipertingkatkan ciri-ciri dan menawarkan lebih nilai dan kepuasan.

Toyota VIOS ini di datangi dengan 5 variasi warna iaitu :

  • White
  • Silver Metallic
  • Medium Silver Metallic
  • Atitude Black
  • Quartz Brown Metallic

Rekabentuk Toyota Vios baru 1.5G (AT), 1.5E (AT), 1.5J (AT) dan 1.5J (MT) tampak eksklusif dan  mewah manakala bagi varian 1.5 TRD Sportivo (AT) menampilkan rekaan lebih sporty dengan  penambahan kit badan.

Empat varian ditawarkan, dimulai varian tertinggi 1.5TRD Sportivo dan 1.5G, diikuti kemudiannya oleh varian 1.5E dan 1.5J. Varian 1.5E dan 1.5J turut dilengkapi pilihan transmisi manual 5 kelajuan, dengan kesemua varian dilengkapi transmisi automatik 4 kelajuan standard.

Harga yang ditawarkan pula bermula dari RM73,200.00

  • Vios 1.5 TRD Sportivo (A) ; RM 93,200.00
  • Vios 1.5G (A); RM 88,500.00
  • Vios 1.5E (A) ; RM 82,900.00
  • Vios 1.5J (A) ; RM77,300.00
  • Vios 1.5J (M) ; RM73,200.00

Bagaimanapun, Toyota Vios 2013 masih mengekalkan kuasa engine sama seperti sebelumnya, dilengkapi enjin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan.

Enjin dan transmisi telah dibuat lebih ringan kerana pelbagai komponen yang direka semula. Dalam reka bentuk baru yang aerodinamik, Toyota  Vios baru ini mempunyai 5 % peningkatan dalam kecekapan bahan api, walaupun kecil, tetapi ia tetap akan menguntungkan pemandu dalam jangka masa panjang dari model yang sebelumnya.

Antara ciri pada lampu depan Toyota Vios ini adalah apabila kenderan yang datang dari arah hadapan, dimana ada satu pelaras menurunkan lampu depan secara manual mengikut kesesuaian dan keperluan memandu jadi ia tidak akan menyebabkan cahaya silau kepada pemandu lain.

Berbeza dengan 2 generasi Toyota Vios yang terdahulu, kini dengan generasi baru panel meter dashboard tidak lagi berada ditengah sebaliknya berada diatas stereng seperti kebanyakan kereta.

Bagi model 1.5 TRD Sportivo dan 1.5G terdapat fungsi Multi Information Display (MID) pada panel meter dashboard yang mempamerkan masa, odometer/tripmeter, kedudukan gear, purata kelajuan sejak mula, pengunaan minyak segera, pegunaan minyak sederhana dan juga lapangan sasar.

Untuk membantu para pemandu untuk memandu dengan lebih ekonomi, satu cahaya ECO (untuk kereta automatik sahja) akan muncul apabila kereta di pandu dalam kelajuan yang optima.

‘Smart Entry System & Push Start Button’ yang biasanya ditemui dalam kereta mewah dan moden, kini boleh didapati pada Toyota Vios generasi ke 3 ini, ia menyediakan kemudahan untuk pemandu.

Untuk keselesaan, model baharu ini lebih panjang 110 milimeter (mm) dan tinggi 15mm berbanding generasi sebelumnya. Walaupun jarak  roda masih kekal sama, Vios 2013 meningkatkan ruang bahu, kepala dan paha untuk keselesaan penumpang.

Ruang kaki bagi penumpang belakang telah ditingkatkan 75mm sementara ruang lutut lebih selesa dengan penambahan 484mm.

Selain mencipta lebih luas bentuk dalaman nya, pereka dalaman turut menaiktarafkan tempat duduk pemandu untuk lebih selesa dan lebih yakin memandu.

Pada bahagian pintu pula telah di pertingkatkan lagi ciri yang lebih baik dengan bukaan yang dapat menghalang dari pintu kereta terkena pada kenderaan lain atau dinding dengan 3 kali bukaan untuk memudahkan keluar dan masuk.

Manakala ruangan di bahagian kaki penumpang belakang pula tiada halangan di tengah-tengah kaki menjadikan ruangan bahagian kaki tersebut lebih luas dan memberikan keselesaan untuk meletakkan barang dan sekali gus menjadikan ruangan tersebut nampak luas.

Rata-rata semua memiliki gadget yang lebih dari satu untuk dibawa kemana-mana. Kini dengan Toyota Vios yang baru ruangan simpanan barang telah ditambah berbanding dengan generasi lama.

Terdapat lebih dari 4 tempat penyimpanan yang mudah dan senang digunakan oleh pemandu dan penumpang. Malah rekaan seperti soket mengecas gadget, ruangan menyimpan majalah di belakang tempat duduk penumpang dan pemandu serta tempat meletakkan cawan dan boleh juga digunakan untuk meletakkan duit siling diletakkan berdekatan dengan pemandu memberikan lebih keselesaan.

Pada bahagian belakang bonet pula ia lebih luas dan besar dari generasi sebelumnya di mana ruangan tersebut telah di pertingkatkan dengan penambahan sebanyak 80liter kepada 506liter membolehkan 4 beg golf di masukkan ke dalam ruang belakang bonet tersebut..

Seperti semua model-model kereta yang lain, jaminan untuk Toyota Vios ini didatangi dengan 3 tahun / 100,000kms jaminan (salah satu mana yang terdahulu selepas penfataran), tertakluk kepada syarat-syarat yang di nayatakan dalam buku.

Jadi Toyota Vios generasi ke 3 ini amat sesuai untuk golongan eksekutif muda di kalangan Generasi Y  X dan mereka yang berkeluarga sederhana untuk memiliki kereta jenis ini.

Baru-baru ini saya telah pun memandu uji kereta Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (AT) tersebut. Kereta nya yang agak nampah mewah dan esklusif serta sporty sekali.

Tempat duduk pemandu nya memang cukup selesa terutama untuk pemanduan yang jauh dan lama.. ia agak selesa dan mengikut bentuk badan kita. Tempat duduknya boleh di selaraskan mengikut ketinggian pemandu seperti meninggikan bahagian tempat duduk untuk memudah kan penglihatan memandu di depan.

Apabila memandu dengan kelajuan yang tidak terlalu laju dan perlahan akan ada satu sistem ECO yang akan menyala sepanjang pemanduan. Ini memberikan penjimatan dalam pemanduan.

Apa yang saya suka semasa memandu dimana bunyi enjin begitu senyap sekali dan juga jika melalui jalan-jalan yang berlubang dan berbongol tidak terasa hentakan pada kerusi.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Toyota Vios ini boleh terus melayari http://toyota.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments

Leave a Reply to Razlan Cancel reply