81 skim Perkhidmatan Awam yang ditambahbaik

Semalam Utusan ada keluarkan artikel mengenai Perkhidmatan Awam yang ditambahbaik.

Tajuk kat Utusan sure menarik perhatian Penjawat Awam….

“Berita gembira buat 613,782 penjawat awam”

Antara yang ditambahbaik adalah :-

  • kenaikan taraf skim gaji
  • pemberian 2 tambahan kenaikan mata gaji
  • penggabungan serta pindaan nama beberapa skim perkhidmatan

Surat tawaran akan diberikan melalui jabatan masing2 dalam bulan ini…selepas menerima surat tawaran itu, diberi tempoh selama 1 bulan pula untuk membuat keputusan. ..

Melihat ayat tersebut umpama seperti paksaan jer..huhuhu…. dan ada disebutkan  iaitu sebanyak 81 skim perkhidmatan awam itu (ramalan) adalah :

  1. Pembantu Kawalan Trafik Udara
  2. Pemandu Lokomotif Sabah
  3. Pereka
  4. Pegawai Kebudayaan
  5. Ahli Fotografi
  6. Jurusolek
  7. Pegawai Galian
  8. Pegawai Kimia Bumi
  9. Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
  10. Penolong Pegawai Galian
  11. Penolong Pegawai Kimia Bumi
  12. Pembantu Galian
  13. Pembantu Kaji Bumi
  14. Pegawai Makmal Filem
  15. Penolong Pegawai Makmal Filem
  16. Pembantu Makmal Filem
  17. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
  18. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
  19. Pensyarah Perubatan
  20. Pensyarah Pergigian
  21. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
  22. Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
  23. Pegawai Latihan Vokasional
  24. Pengajar Kraf
  25. Pembantu Pertanian
  26. Pembantu Veterinar
  27. Renjer Hutan
  28. Pengajar Membalak
  29. Pengawas Hutan
  30. Pembantu Hidupan Liar
  31. Pembantu Hidupan Liar Rendah
  32. Tukang K1
  33. Tukang K2
  34. Tukang K3
  35. Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
  36. Operator Loji
  37. Pekerja Awam Khas
  38. Pekerja Awam
  39. Penyelamat
  40. Pelukis Pelan
  41. Juruteknik Landskap
  42. Juruteknik
  43. Juruteknik Ukur
  44. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
  45. Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
  46. Penguasa Bekalan Air
  47. MerinyuTali Air
  48. Pegawai Perhubungan Preman
  49. Penyelia Jeti
  50. Penghantar Notis
  51. Pembantu Kamera
  52. Pemandu
  53. Pemandu Kenderaan
  54. Pembantu Am Pejabat
  55. Pengurus Stesen
  56. Penyelia Jurupakaian
  57. Peniup Kaca
  58. Pegawai Khidmat Pelanggan
  59. Pengawas Pemulihan
  60. Pegawai Penerbitan
  61. Penolong Pegawai Penerbitan
  62. Pembantu Penerbitan
  63. Operator Kamera Offset
  64. Pembuat Plat
  65. Penolong Operator Kamera
  66. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
  67. Pembantu Penyelidik Sosial
  68. Pengurus Asrama
  69. Penolong Pengurus Asrama
  70. Penyelia Asrama
  71. Penolong Pegawai Tadbir Tanah
  72. Pembantu Tadbir Tanah
  73. Pegawai Pemeriksa Paten
  74. Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
  75. Pembantu Pemuliharaan
  76. Jurulatih Kawad
  77. Pembantu Wartawan/Wartawan
  78. Atendan Kesihatan
  79. Penolong Pegawai Penaksir
  80. Pegawai Aktuari
  81. Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
  82. Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

Jadi kepada penjawat awam..tunggu saja lah surat tawaran tersebut… tak tau la adakah betul atau tidak skim ini yang ditawarkan atau berbeza….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply to Anuar Cancel reply