Majlis Konvokesyen Pelajar Pasti Siti Sarah 2013

Maaf la yek.. dah petang baru nak naik 1 entry…waaaa….

Semalam adalah Majlis Konvo Pasti Siti Sarah… siap lagi kalu bukan Iskandar… kira tahun ni adalah tahun terakhir dia belajar di Pasti Siti Sarah..

Tempat nya seperti tahun lepas di Dewan Auditorium Akedemi Percukaian Malaysia, Bangi…..

Iskandar masuk persembahan bersilat untuk acara pembukaan…

Bersungguh2 tengok dia mempersembahkan silat dia tu..hik3

Pagi-pagi dah remind suh datang awal.. sebab dia ada persembahan.. dan kene pakai baju biru cair.. tapi mana ada biru cairkan.. ada biru pekat.. siap bandingkan lagi warna biru tu..hahaha

Lepas bersilat.. ada la beberapa persembahan dari pelajar tahun 5 dan 6… kemudian baru la acara penyampaian sijil tamat belajar.

Tengok la sengih2 Iskandar bila ambik gambar…

Untung anak-anak sekarang.. kecik2 lagi dah konvo kan.. saya bukan kata kecik.. sehingga kini pun x pernah merasa majlis konvo… setakat majlis sendiri tu pun sekali jer.. MAJLIS PERKAHWINAN…wakakaka

Ni tengah turun tangga nak beratur tepi pentas…

Masing-masin berjubah konvo… ala hai.. comel2 belaka sumer

Bila di panggil kene pandang depan la kan.. sebab ada jurukamera khas ambikkan..

Jadi setiap kali pelajar naik sume rkene pandang depan..hik3

 

Dah selesai sumer ambik sijil.. masing2 beratur atas pentas pula…

Nak ambik gambar ramai2 bersama guru-guru PASTI dan AJK yang terlibat…

Lihatla.. ramai para ibubapa duduk depan nak ambik gambar untuk anak-anaknya dikenang…

Nanti bila dah besar2 boleh la belek2 gambar masa kecik2 kan.. selebet ker.. apa ker..hahaha

Lepas ambik gambar ngan kengkawan.. kene la ambik gambar ngan adik-beradik la kan..

Gitu la kalu ambik ngan adik kecik.. kan reti duk diam.. bergerak sana sini.. berdiri la.. duduk la.. geram nengok..huhuhu

Lepas tu baru la ambik gambar ngan ibu lak…

Kene la ambik gambar ngan ibu.. ni blog ibu punya kan…hahahaha

Apa2 pun Iskandar dah tamat pra sekolah nya.. tahun dia akan memulakan alam persekolahan yang betul2 pula.. di mana kene bangun pagi.. kene sekolah agama.. kene belajar berkawan…

Semoga anak2 saya menjadi orang yang berguna satu hari nanti.. dan dapat membantu negara tak kira apa jua yang di lakukan… AMIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments

  1. ishak hasimi says:

    Wah dah besar dah anak kakak sumie eh. konvokesyen time kecik nilah pemangkin untuk dapat konvok bila universiti nanti

    p/s : dah tiga tahun tak melawat blog kak sumie..,sejak blog saya terabai dan ditutup dulu
    ni kira siri lawatan bersejarah lah nie hehhe 😀

Leave a Reply