Minggu terakhir bersekolah di PASTI SITI SARAH

Minggu ni adalah minggu terakhir persekolahan bagi seisi 2013.. Lagi 49 hari lagi bakal menjelma tahun 2014 pula…

Jadi Isnin lepas PASTI anak saya Iskandar adakan jamuan ahkir tahun.. dan saya berkesempatan la menunggu Iskandar bersama kawan-kawan…

Kalu dapat ibu yang kaki blogger agaknya macam ni la kan.. kamera mesti kehulur hilir bawa sebab nak ambik gambar anak2 sebagai kenangan. Maklum la lepas ni masuk sekolah rendah pula kan??hik3

Jadi bila nak bergambar tu ada gak yang memalu.. tapi saya paksa gak.. sebab nanti dah besar panjang mesti mereka macam kita gak.. tengok gambar masa kecik2 dulu..hik3

 

 

 

 

 

 

 

Saya tak tunggu sampai habis pun.. sekejap jer.. ambik pun tak banyak.. sebab kebanyakkan anak2 kat PASTI ni sumer pemalu rupanya…hahahah

Tak perla.. ada sedikit pun jadi la dari tak ada kan.. sebab nanti saya nak kumpul gambar Iskandar dah jadikan satu buku… maklum la promosi di kupon2 diskaun banyak yang wat offer dari RM38.00…hik3

Jadi tahun depan Iskandar bakal menjejakkan kakinya ke sekolah rendah.. semoga apa yang dia belajar di PASTI akan menjadikan panduan dia di sekolah rendah nanti.

28.12.2013 ni orentasi bagi pelajar tahun 1 akan di adakan di SK Jalan Empat… selalu nya orentasi untuk menetapkan kelas mengikut tahap mereka… harap2 Iskandar dapat la menjawab ujian tu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments

Leave a Reply to Sumijelly Cancel reply