[REVIEW] Pengalaman menggunakan Ephyra

Alhamdulilah…… hari tu saya menang peraduan yang di anjurkan oleh Eyriqaa untuk mencuba produk Ephyra keluaran Oceanlife2u….

Kini dah hampir 3 minggu saya menggunakan produk ini…

Ephyra ini di datangi dalam 2 set yang setiap satu di sediakan shaker.

  • Trial set – 10 sachet
  • Premium set – 30 sachet

Sebelum ni saya ada ceritakan keberkesanan minuman ini yang di alami oleh pengguna yang lain…. semua testimoni yang saya baca sungguh mengujakan saya tau…

Ramai yang bagitau saya produk minuman ini berasaskan vitamin C dan kolagen yang dikatakan berkesan mengembalikan keserian wajah. Jadi kini saya telah pun merasai minuman kesihatan berasaskan kolagen ini untuk diri saya pula…

Saya ni dah la kurang mengambil Vitamin C.. nak ke salon kecantikan memang jauh sekali la… ialah cuba bayangkan menguruskan 4 orang anak dan rumahtangga memang menjadikan saya sibuk dan tiada masa sepanjang tahun….

Kalu g pusat kecantikan pula.. lagi la saya tak nak.. kang salah wat rawatan tak pepasal muka jadi lain. Kang jerawat makin bertambah ker, muka jadi teruk ker… tak sanggupla.. dah tentu wat rawatan tu menelan banyak belanja tau….

Tapi dengan Ephyra ni dah nampak perubahan pada saya….

Rasa air minuman Ephyra ni sangat sedap… x berapa manis dan tak tawar.. rasanya nya seperti minum air oren tau…sedap tul.. Saya pernah kasi pada Huzaiman untuk minum sedikit… pas minum dia mintak lagi… hahahaha

Tak seperti minuman lain yang berasaskan coklat atau coffea di mana ramai yang kurang minum kerana rasanya yang kurang sedap malah adakala pahit. Perlu di bancuh pula menggunakan air suam bukan air sejuk…

Tak macam Ephyra, nak bancuh pun senang.. isi air sejuk, tuang dan goncang….. selalunya saya ambik 1 kali sehari sebelum makan pagi… setakat ni selepas minum rasa lapar tu kurang sikit.. kekadang sampai petang rasa kenyang jer… kalu tidak selalu rasa lapar.

Antara kesan-kesan yang saya nampak selepas meminum Ephyra ni adalah :

  • Tapak kaki dan juga tumit kaki

Nampak perubahan di mana sebelum ini kaki saya sering kering serta keras…. tapi sejak minum, nampak perubahan di mana kulit menjadi lembab dan menjadi lembut… tumit pula tiada rekahan serta menjadi semakin licin…

 

  • Wajah semakin berseri, putih dan tiada kulit menjadi lembab

Wajah saya tidak la teruk mana.. jerawat pun malu2 nak kuar gak….cuma banyak kelihatan rona-rona hitam jer….Kulit saya ni pula kalu berada di tempat berair cond selalu jadi kering….

Tapi selepas sy minum terasa perubahan sedikit di mana, bibir saya sebelum ini kering dan luka menjadi pulih. Wajah berseri di mana rona-rona itam di wajah menjadi kurang sekaligus muka menjadi bersih dan cerah gitu….

  • Bertenaga sepanjang hari

Malah saya lebih bertenaga di siang hari.. jika tidak mesti lesu jer kat opis…malah tak terasa pun mengantuk sepanjang hari…….Kalu hari weekend saya lagi la bertenaga… kan kat rumah menguruskan 4 orang anak lelaki.. jadi paham-paham jerla.. perlukan tenaga lebih kan?

Di pejabat pula,ramai yangt tegur, jadi secara tak langsung saya telah memperkenalkan produk Ephyra kepada mereka…

 

  • Melancarkan saluran pecernaan

Sesuai untuk mereka yang sukar membuang diwaktu pagi dan sentiasa sembelit…. bila saya minum Ephyra ni secara tak langsung setiap pagi saya mudah ke tandas. Memudahkan serta melancarkan saluran pecernaan saya… terasa ringan badan ni setiap kali membuang di waktu pagi.

Kini saya telah rasai perubahan nya bila minum produk Ephyra…

Sebelum ini hanya membaca sahaja segala testimoni dari pengguna lain…. jadi pada mereka yang sukakan kecantikan dan inginkan wajah lebh berseri.. boleh cuba rasa produk ini….

Saya dulu pun tak percaya.. sebab sebelum ini pernah cuba pelbagai produk tetapi rasanya……. kesannya….. memang tak nampak.. tapi dengan Ephyra, saya rasa lebih yakin malah ia memberikan kesan yang cepat dan ketara…..

 

Harga sekotak : RM197.00
Harga 2 kotak : RM394.00

(Tapi biasanya mesti ada promosi.. kene rajin2 belek website/Fb @ instagram Ephyra tau!)

Jadi pada mereka yang ingin rasai perubahan nya sendiri, boleh dapatkan produk Ephyra ini melalui :

Instagram EPHYRA : @ephyra2u
Telefon: 0341417889 atau sms 019 3999 238

 

Jadi rasaila dan alamila perubahan itu sendiri…

Setiap orang lain perubahan nya.. ada yang cepat ada yang lambat… tapi apa-apa pun jika tak cuba kita tak tahu.. dah cuba baru kita tahu… tak rugi pun….

**Nota: Jangkaan perubahan adalah bergantung pada setiap
individu. Kadar perubahan yang dinyatakan adalah berdasarkanpengalaman
pengunaan sendiri. Ada individu yang memperoleh kesan yang cepat serta ada
yang sedikit lambat. Namun, kesan dan perubahan ADALAH POSITIF.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments

  1. izza says:

    Hi all!
    Berminat nak mencuba Ephyra?

    Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (MURAHHHH SGT!!) dan dapatkan FREE Body Shop shower cream 250ml / body butter 50ml!

    Seriously, grab this GREAT deal! Sementara stock masih ada!

    Yours truly,
    Izza (Pengedar Sah Ephyra)
    0192198619 (call/sms/whatsapp/line/viber/tango/kakao/wechat)
    Instagram: izzahadi
    izza_grrl@hotmail.com

Leave a Reply