Semua sedia maklum…… cuaca sekarang tak menentu……….
Kejap panas……. kejap berjerebu…… kejap hujan.. tapi x semua tempat hujan… sesetengah tempat jer hujan….
Ikut kan pada bacaan Indeks Pencemaran Udara di laman web DOE… kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur masih dalam bacaan sederhana.. iaitu tidak melebihi 100.
Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2,
NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi
diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya,
kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar
yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.
Harap2 jerebu ini akan hilang dan hujan akan kerap turun…
Sekarang ni di rumah saya hujan sudah mula turun… walaupun tak la kerap.. tapi sekurang2 nya.. tidur kami dah lena sikit.. tak adala berpeluh-peluh di malam hari gara-gara bahang panas yang melanda…
Ohya.. kalu boleh :
- Jangan keluar ke mana-mana
- Jangan bersenam dan joging di taman
- Memakai penutup mulut jika keluar
- Minum lebih air untuk memastikan respiratori sistem yang baik dan sihat
- Kurangkan aktiviti luar
- Kerap mandi
- Basuh peralatan pinggan-mangkuk sebelum diguna. Begitu juga cawan.
- Tawakal dan redha kepada Allah. Berdoa semoga Allah turunkan hujan dan memadam segala kebakaran itu
Ingat!!!!
Jangan lupa pakai penutup mulut ketika keluar rumah…. kalu boleh kurangkan aktiviti di luar tau!
Jagalah kesihatan anda!!
Betul… Cuaca sekarang ni tak menentu.. Sekejap jerebu, sekejap ok… kena ambil langkah berjaga-jaga pada setiap masa…
Kurang aktiviti diluar dan banyak minum air.
kebelakangan ini dkna sidai baju dalam rumah sebab bau asap..