Kronologi kisah perjalanan cinta pelakon Hanez Suraya

**PANAS……………PANAS**

Sekarang topik paling hangat adalah HANEZ SURAYA……..

Berikut ini adalah kronologi kisah perjalanan cinta pelakon Hanez Suraya

6 Mei 2012

B*POP mendedahkan wujudnya hubungan cinta antara Hanez Suraya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael

9 Mei 2012

Awi memberi kenyataan dia dalam proses mengenali hati budi Hanez, sambil menegaskan perhubungan masih di peringkat awal kerana baru empat bulan berkenalan.

12 Januari 2013

Hanez menyatakan dia mengimpikan perkahwinan dan majlis resepsi di tepi pantai, selain meletakkan sasaran berkahwin sebelum usia 30 tahun.

23 Jun 2013

Hanez Suraya mengakui sudah putus cinta dengan Awi Rafael

24 November 2013

Desas desus mengatakan Hanez Suraya hidup mewah selepas ada kekasih baru yang juga ahli perniagaan bertaraf jutawan. Hanez dikatakan menerima hadiah kenderaan pelbagai guna jenama Alphard.

16 Februari 2014

Hanez Suraya menerusi Metro Ahad mendedahkan dia dan kekasihnya merancang mendirikan rumahtangga akhir tahun ini.

18 Februari 2014

Hanez Suraya mendedahkan butiran terperinci mengenai hubungan atau majlis perkahwinannya dengan usahawan. Tidak lama kemudian, dalam internet dilaporkan dakwaan Hanez Suraya merampas suami orang dan menjadi punca keretakan rumahtangga lelaki berkenaan. Hanez menuduh isteri usahawan itu menfitnahnya selepas dia mendedahkan mahu berkahwin.

25 Februari 2014

Hanez mendakwa bakal suaminya berstatus duda anak dua. Hanez anggap dirinya difitnah kerana dituduh sebagai perampas dan menghasut lelaki itu untuk menceraikan isterinya. Dia berjanji mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

 

5 Mac 2014

Mengadakan sidang laporan akhbar bagi menjelaskan isu bercinta dengan jejaka berstatus suami orang. Ini sekaligus menjawab segala tomahan yang dilemparkan oleh isteri kekasihnya iaitu Nur Liyana Abdul Manan. Turut hadir bersama adalah kekasih Hanez Suraya yang dikenali sebagai Romie Razin Adilha (MR R).

Ishkkkkkkkk……………… semakin parah kisah dia ni……hik3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments

Leave a Reply to hanari Cancel reply