Pertandingan Johnson’s Baby of The Year 2014 kembali lagi!

Hai semua… wah.. agak lama x tulis mengenai aktiviti bersama anak-anak… Minggu lepas saya bersama keluarga menghadiri acara Johnson’s yang berlangsung di One Utama, Bandar Utama sempena edisi ke-22 pertandingan Johnson’s Baby of the Year (BOTY).

Sampai sana dalam pukul 10 pagi…. gigih tul kejutkan anak-anak untuk bangun awal tau…hik3…

Sampai sana booth Johnson’s dah tersedia siap dengan belon-belon tau… suka warna kombinasi nya.. biru, kuning, merah dan grey…

Mestila sampai kene mendaftar dulu kan.. saya hadir sebagai seorang blogger, jadi ada sedikit keistimewaan sedikit… iaitu dapat mendaftarkan anak saya untuk menyertai pertandingan  Johnson’s Baby of the Year (BOTY)… yeahhhh!!!

Terdapat jualan barangan keperluan bayi seperti bedak, sabun mandi, syampu rambut serta lotion badan. Pada hari tersebut juga jika pembeli membeli produk Johnson’s bernilai RM15.00 dalam satu resit layak untuk menyertai pertandingan  Johnson’s Baby of the Year (BOTY) tau…

Semasa di sana, terdapat beberapa booth untuk anak-anak menertainya.. antaranya tempat bermain mainan di situ.

Lihatlah anak-anak saya.. kalu dah dapat mainan leka sungguh…

Senang bila mereka sediakan tempat khusus untuk anak-anak main.. tak derla mereka ke sana- ke sini kan.. maklumla.. kanak-kanak kan cepat bosan.

Jadi mereka bermain la di satu meja.. senang.. x perlu pening pala nak uruskan mereka…hik3

Selain itu terdapat juga booth untuk mengukur berat badan serta ketinggian bayi serta pakar perunding secara percuma untuk pelanggan.

Jadi pada mereka yang dah lama x ukur ketinggian dan berat anak-anak serta inginkan tips2 dari pakar perunding boleh la berbuat demikian di booth tersebut. Saya tak sempat nak ukur mereka, sebab leka dengan sekitar kawasan tersebut…hik3

Ohya.. pada hari tersebut, ada booth untuk mengambil gambar sempena pertandingan Johnson’s Baby of the Year (BOTY)

Apa lagi.. saya pun ambik kesempatan tersebut untuk menyertainya sekali la…

Memula saya suruh ambil gambar berempat…

Kemudian baru saya suruh ambil gambar Huzaiman seorang… di sebabkan dia sahaja yang berumur 3 tahun ke bawah.. maka dia jerla yang boleh sertai peraduan tersebut…

Adeh…. pening kepala tengok aksi Huzaiman bila nak ambik gambar… tak reti duduk diam…

Panggil pun tak jalan.. tunjuk barang pun tak jalan.. sudahnya.. ambik jerla gambar dengna gaya tak duduk diam…hik3

Ohya.. pertandingan ini menawarkan kategori baru berdasarkan umur berdasarkan pada tarikh kelahiran tertentu seperti :

  •  0-12 bulan
  • 13-24 bulan
  • 25-36 bulan,

Tapi malangnya……… Huzaiman tak layak untuk menyertainya.. dia untuk kategori 25-36 bulan.. Huzaiman pula terlebih 2 hari.. jadi secara automatik tak layak untuk menyertainya…

Maka, gambar-gambar yang di print tu semua simpan wat kenangan jerla…hik3

Selepas bergambar bagai.. ada beberapa acara turut di sediakan untuk memeriahkan majlis tersebut…

Memula acara untuk anak-anak dahulu….

Naik ramai-ramai ke atas pentas, dan buat aksi seperti yang di arahkan oleh pengacara. ala.. bukan buat benda susah pun.. menari jer kot ikut lagu…

Hanya Zulfadhli dan Iskandar jer naik ke pentas, Danial dia dah besar jadi sekarang agak pemalu…. dan mereka diberikan hadiah saguhati berupa lotion bayi 50ml sorang satu…

Okla.. dapat hadiah kan..

Kemudian…..

Acara untuk ibu dan anak pula….

Saya tak sempat pun nak sertai, sebab anak-anak tak mahu naik ke pentas, jadi tumpang tengok jerla mereka kat atas pentas…

Acara ni best apa.. pilih kostum dan gayakan bersama anak-anak.. dan siapa mendapat tepukan yang paling kuat menang…hehehe

Tapi yang nyata, mereka yang menyertainya tak pulang dengan tangan kosong… masing-masing dapat adiah saguhati.

kemudian……….

Acara untuk bapa pula…  puas suruh my IR masuk.. emmm tak mohnya dia…hahaha

Jadi acara tuk bapa lain sikit… isi barang keperluan penting dalam beg galas, kemudian gayakan di hadapan penonton. Sama juga cara di adili, siapa yang mendapat tempukan gemuruh akan memenangi hadiah…

Seperti biasa… hadiah untuk semua peserta yang naik ke pentas mestila ada kan…

Tapi memang semua ibu dan bapa semua sangat sporting dan selamba… meriah dengan gelagat mereka… baru la meriah majlis yang berlangsung kan?

Macam biasa, selepas acara selesai, acara tuk mak-mak bergambar ka pulak…

Sesekali berkumpul, mesti akan ada acara bergambar… lama tak jumpa semua mak blogger tersebut… seronok dapat berbual dan bertukar-tukar cerita….

Sebelum balik…

Kami menuju ke meja pokok ucapan…

Di sini ada meja dan juga pokok di mana tempat untuk menulis kata-kata semangat kepada penghuni OrphanCARE melalui tulisan dan di gantung pada pokok tersebut…

Bersungguh dua beradik ni menulis….

Memula Danial yang tulis, kemudian baru Iskandar mengikut… tak kisah la.. janjji mereka sendiri yang nak tulis bukan dari paksaan saya..

Selepas gantung baru saya perasan dia tulis

#pray for MH370

Adehhhhh Danial.. ni ucapan semangat tuk anak-anak yatimla.. bukan untuk mangsa MH370…

Tak perla.. dia yang nak tulis gitu.. kang kalu ambik kang marah pula.. tak perla… semangat gak ni.. semangat untuk semua kan??

Selesai la juga majlis tersebut…. seronok bila sesekali keluar bersama keluarga dengan menghadiri aktiviti yang melibatkan kekeluargaan…

Sesekali hilangkan perasaan bosan anak-anak bila terlalu lama di rumah dengan membawa mereka menghadiri aktiviti kekeluargaan ni kan… baru la ada semangat ingin bersekolah kembali pada keesokkan harinya…hehehe

Pada tahun ini, Johnson’s Baby bekerjasama dengan panel pakar paediatrik dan neonatologi yang diketuai oleh Dr Anna Padmavathy Soosai, dan juri selebriti Johnson’s BOTY yang pertama, Dynas Mokhtar, dalam pencarian bintang termuda paling comel dan menawan hati di Malaysia!

Pertandingan Johnson’s BOTY 2014 mengambil pendekatan yang lebih holistik kepada perkembangan kanak-kanak, di mana penilaian bukan sekadar berdasarkan sifat-sifat fizikal, bahkan melibatkan aspek perkembangan kognitif  dan sosio-emosi juga

Pada ibu bapa yang ingin menyertainya… jangan lepaskan peluang keemasan ini tau kerana dianjurkan lebih besar dan lebih baik dengan unsur baru dan menarik, termasuk tawaran lebih banyak hadiah bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi seperti berikut :

  • Pemenang PERTAMA akan mendapat wang tunai bernilai RM10,000
  • Pemenang Ke-2 mendapat wang tunai bernilai RM5,000
  • Pemenang Ke-2 mendapat wang tunai RM3,000
  • Pemenang Saguhati mendapat wang tunai RM500

Setiap kategori umur akan memenangi hadiah Pertama, Ke-2, ke-3 dan juga 7 pemenang saguhati yang menjadikan 30 pemenang.

Jadi sangat mudah jer nak masuk penyertaan ini..

  • lampirkan dua keping gambar terbaik si manja anda.
  • beli produk Johnson’s Baby bernilai sekurang-kurangnya RM15 untuk melayakkan penyertaan
  • kepilkan resit sebagai bukti pembelian.

Ingat, bayi mesti berumur di antara 0-36 bulan seperti katagori berikut :

  •  0-12 bulan
  • 13-24 bulan
  • 25-36 bulan,

Dan ada lagi, setiap 30 bayi yang telah terpilih menyertai pertandingan ini akan menerima hamper bernilai RM1,000 serta akan disiarkan dalam majalah Pa&Ma.

Pada tahun lepas, lebih dari 12,000 penyertaan di terima dan pada tahun ini Johnson’s Baby menyasarkan sebanyak 25,000 penyertaan akan diterima. Setiap bayi yang mengambil bahagian akan di paparkan juga dalam majalah Pa&Mamenjadikan mereka seorang bintang!

Setiap bayi yang mengambil bahagian akan dipaparkan dalam Pa & Ma juga, menjadikan setiap satu bintang yang bersinar!

Jadi, para ibu bapa boleh hantar penyertaan tersebut di kedai-kedai yang mengambil bahagian di mana khidmat fotografi percuma juga ada disediakan

ATAU

melalui pos ke alamat berikut :

Johnson’s Baby of The Year 2014 Contest,
PO Box 3186 Subang Jaya, Selangor

 

ATAU

secara dalam talian melalui

Johnson’s Baby Facebook Page : www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com

Pada tahun ini, pertandingan ini juga menonjolkan unsur kemasyarakatan melalui Yayasan OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menolong bayi yang ditinggalkan dan anak yatim mencari rumah perlindungan dan penjagaan – bagi setiap penyertaan dalam pertandingan ini, sebanyak RM1 akan didermakan kepada program anak angkat OrphanCARE.

Jadi lebih banyak penyertaan yang ibu bapa hantar semakin banyak la derma akan di salurkan kepada porgram anak angkat OrphanCARE ini…

Jadi, jangan tunggu lagi, cepat-cepat hantarkan penyertaan anak-anak korang. Penyertaan ini akan berakhir pada 30.06.2014.

Mana tahu, tahun ini anak-anak korang berjaya dinobatkan sebagai PEMENANG Johnson’s Baby of the Year (BOTY) 2014.

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan Johnson’s Baby of the Year , sila layari www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One comment

Leave a Reply to profhariz Cancel reply